GARA-GARA memiliki nama sama, ahli kumpulan Senario iaitu Yassin berkata dia turut terkena tempias kes melibatkan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang didakwa atas pertudvhan menged4r d4d4-h pada Mac lalu.
Ketika kes itu menjadi perbualan hangat netizen, Yassin atau nama sebenar Yassin Yahya, 43, mendedahkan dia turut menerima kec4man di media sosial kerana ada yang menyangka dirinya adalah individu yang ditah4n itu.
Dia bagaimanapun tidak melat4h sebaliknya bersyukur kerana nama kembali menjadi sebutan ramai.
“Saya rasa bersyukur kerana nama saya naik semula. Bila orang tanya, saya kata Yasin dah betul tapi itu bukan saya… saya ‘brader Yasin’, sana ‘Yasin brader’.
“Nama saya baru sahaja naik selepas Gegar Vaganza dan tiba-tiba nama Yasin naik lagi… saya rasa bersyukur! Mula-mula ada orang kec4m sebab mereka ingat itu saya.
Yassin tak melat4h dengan kec4man netizen.
“Tapi saya tak kisah dan tak ambil hati pun. Lagipun benda ini saya dah pernah lalui. Saya ambil dari sudut positif. Saya bersyukur Allah bagi nama saya disebut-sebut,” katanya kepada mStar.
Saya ambil perkara positif apa yang Allah nak berikan.
YASSIN YAHYA
PELAWAK
Yasin ditemui ketika majlis pelancaran video muzik (MV) Suasana Di Hari Raya oleh Famili Kita di Wedding Studio, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.
Untuk rekod, Yassin pernah ditah4n p0lis selepas disyaki terbabit dalam perg4duhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019 dan dia juga disahkan p0sitif g4-nja ketika itu.
Dalam pada itu, ahli kumpulan Sa.Ya ini menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku kepada Yasin yang juga merupakan rakan sepejuangannya.
Kumpulan Sa.Ya. yang dianggotai oleh Yassin dan Saiful Apek.
“Bagi saya, apa yang berlaku mungkin sebab Allah nak jentik hati dia supaya bertenang dan berehat sebab kuat bekerja. Macam saya dulu pernah rasai benda yang sama, jadi saya tahu la.
“Orang nampak macam musibah… tapi bagi saya sendiri, saya mencari hikmah disebalik musibah itu. Saya ambil perkara p0sitif apa yang Allah nak berikan.
“Saya dah lalui, dahulu saya mengharapkan kepada makhluk, siapa nak tolong saya tapi sampai satu tahap, tak boleh berharap kepada makhluk, saya berharap kepada yang di atas (Allah),” ujarnya.
KOMEN NETIZEN :
Sumber : mStar