Home Hiburan Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat Bulan Puasa, “Kita Buat² Tak Nampak Je”

Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat Bulan Puasa, “Kita Buat² Tak Nampak Je”

266
0

Sebut sahaja nama Shuib pastinya ramai akan teringat lawaknya ketika bersama kumpulan Sepahtu. Asalnya adalah seorang pelawak, sehingga kini perangai yang suka menghiburkan orang ramai masih sebati di dalam dirinya.

Terbaharu satu video Shuib ‘marah’ suruh hormat bulan puasa apabila ada yang minta dia membuktikan dirinya orang kampung. Dalam rakaman tersebut Shuib meluahkan dia tidak berpuas hati dengan permintaan warganet yang menyuruhnya untuk makan nasi di tengahari di bulan puasa.

Geram dengan permintaan tersebut, dia meminta supaya hormati bulan yang mulia ini. Namun apa yang membuatkan ramai tertawa apabila di muka Shuib sendiri ada sebutir nasi dibibirnya.

Berikut adalah perkongsian video Shuib ‘marah’ suruh hormat bulan puasa yang telah mencuri perhatian warganet ini:

Memang buat hal betul ya Shuib!  Apa-apa pun perkongsian rakaman yang memaparkan Shuib bergurau ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok selebriti sendiri ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 100 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kesian nasi sebutir tepi mulut tu..Sebutir beras ibarat setitik peluh petani”

Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat 4

“Cover nasi tu bang kat mulut batal nanti puasa”

Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat 3

“Kita buat2 tak nampak je”

Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat 2

“Bang nasi tu nasii tuuu alaaahhh”

Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat 1

“Tak pe la bang benda dah post view dah ramai like pun yang bukan2 nak delete sayang. abang enjoy je la”

Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat 5

Sumber: HCL

Previous articleHantar Anak Masuk MRSM, Rita Rudaini Kongsi Rasa Sebak, Bangga – “Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Melangkah Ke Depan”
Next article“Mohon Doa Semua, Kesian Baby…,” – Kena App3ndix Sampai Tak Boleh Gerak, Uyaina Arshad Selamat Dib3dah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here