Nama Jep Sepahtu sudah semestinya sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Cukup berbakat dalam melawak dan sebagai penyampai radio, Jep Sepahtu juga antara selebriti yang dihormati ramai.
Tidak pernah lupa akan asal usulnya, cukup merendah diri dan kata-katanya sering menusuk kalbu membuatkan antara sebab mengapa namanya masih bertahan dalam industri hiburan tanah air. Malah lakonannya dalam Sepahtu Reunion sememangnya dinanti-nantikan peminat selebriti ini.
View this post on Instagram
Bagaimanapun baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Jep Sepahtu sekali lagi meluahkan kata-kata tentang realiti kehidupan telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu Jep Sepahtu memberikan nasihat dan mengingatkan tanggungjawab seorang suami.
Berikut adalah perkongsian kata-kata Jep Sepahtu tular sekali lagi yang telah dimuat naik menerusi akaun Instagram Zon Lawak:
View this post on Instagram
“Akad yang kita lafazkan itu adalah satu amanah”, antara kata-kata Jep Sepahtu yang sangat dalam maksudnya. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 170 ribu tontonan dan 9 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Pak Jep pesananmu amat pedih bagi lelaki..”
“Nampak melawak kan. Tapi kata2 tu amat bermakna..Terbaik Jep”
“Kata-kata Jep tu menyentuh perasaan. Tapi disebabkan Jep yang cakap. Dia jadi nak tergelak”
“Bagus dia jaga anak2 tiri dia macam anak sendiri”
Sumber: HCL