Penampilan pelakon, Anzalna Nasir yang hadir di majlis Pelancaran Koleksi Hari Raya ‘Rantaian Kasih’ Habib Jewels hari ini mencvri perhatian ramai.
Tampil anggun mengenakan persalinan kurung moden hijau lengkap dengan aksesori barangan kemas sebagai pelengkap gaya, seri ibu mengandung bintang ini cukup memukau pandangan.
Anzalna memuat naik sepotong video pendek ketika menghadiri majlis pelancaran berkenaan.
View this post on Instagram
Sarat ham1l anak kedua, usia kandungan finalis Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa ini sudah pun memasuki bulan kelapan.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan pujian terhadapnya.
“Cantik sungguh Mommy,” komen peminat.
“SubhanAllah, cantiknya walau berbadan dua,” puji seorang peminat.
“Tak pernah tak cantik. Senyap-senyap je dah lapan bulan,” seorang peminat memberikan komennya.
“Lawanya lah lapan bulan. Kalau aku dah macam Hantu Kak Limah,” seloroh peminat.
“Comelnya perut tu,” antara komen yang tertera.
Terdahulu, Anzalna memaklumkan berita kini berbadan dua menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instgaram.
View this post on Instagram
KOMEN NETIZEN :
Untuk rekod, Anzalna berkahwin dengan suaminya, Hanif Zaki pada 2016 lalu dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Sumber : MH