ADIK kepada penerbit terkenal Erma Fatima iaitu Datin Seri Umie Aida mendedahkan sejak dari awal kakaknya itu bimbang akan babak pa.nas dalam drama terbitannya, Perempuan Itu yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Siti Hariesa.
Menerusi perkongsian Umie di Intagramnya, dia meluahkan rasa ke.ce.wa apabila ada pihak yang sengaja mencet.uskan kont.rov.ersi dengan memuat naik babak tersebut tanpa pengetahuan Erma.
View this post on Instagram
“Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit pasal is.u ini. Dari awal lagi Erma luahkan rasa risa.unya dia, bila tengok ‘footage’ cerita ini.
“Dia kata mereka penggambaran sangat ‘da.ring’. Saya pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan info mereka penggambaran atas landasan yang dibenarkan.
“Dan lebih menge.cewakan lagi, bila ada pihak yang sanggup keluarkan ‘footage’ (yang Erma nak buang) dari editor tanpa keizinan pihak penerbit dan muat naik di Instagram,” katanya.
Malah, pelakon filem Dukun itu mene.gaskan pihak yang terli.bat perlu bertanggungjawab atas kec.u.aian mereka dalam berkongsi babak tersebut sehingga menc.etus.kan ketidakselesaan dalam kalangan netizen.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, sebagai pelakon perlu meno.lak ade.gan yang melebihi batas ekoran daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
“Motif keluarkan ‘footage’ yang belum di edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk tular? Dan saya sempat tengok hantaran dari Instagram pelakon tersebut.
“Saya terus komen kat Erma, apa cerita korang buat ini, gi.la ke? Dalam isu ini ada beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai tahap begitu?
View this post on Instagram
“Sayangnya ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. Antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza.
“Lakon layar yang dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau penerbit. Dan sebagai pelakon wajar menolak lakon layar yang diluar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” jelasnya.
Sumber: utusantv