Nampaknya semakin hangat nyanyian penyanyi-penyanyi yang terlibat di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-36 (AJL36) pada kali ini. Sehinggakan semua penyanyi setakat ini mendapat perhatian dengan nyanyian dan suara mereka membawakan lagu masing-masing.
Perkongsian di Instagram TV3 Malaysia turut mengundang penyanyi, Marsha Milan turut tidak terkecuali daripada menjadi bualan hangat warganet selepas mendengarkan persembahannya.
Umum diketahui, Anugerah Juara Lagu 36 menampilkan lagu-lagu yang begitu sengit apatah lagi suara setiap penyanyi sememangnya tidak dinafikan ramai penonton.
Pun begitu, persembahan Marsha Milan antara yang menjadi perbualan ramai selepas dia menyanyikan lagunya yang berjudul Cinta iaitu ciptaan daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim manakala lirik daripada Hang Nadim.
Ternyata suara Marsha Milan sebentar tadi cukup mengagumkan penonton yang turut mengharapkan agar dia membawa pulang bagi kategori Vokal Terbaik malam ini.
View this post on Instagram
Turut menjengah ke ruangan komen, nampaknya penonton juga tidak hairan jika dia bakal membawa pulang trofi bagi Anugerah Juara Lagu yang ke-36 (AJL36) memandangkan persembahannya sebentar tadi tidak mengecewakan ramai.
“Kalau Marsha menang saya takde bantahan”
“Confirm lawan dengan Aina Abdul”
“Marsha paling mantap, harap menang”
“Marsha… vokal terbaik”
“Suka feel tu rasa kat wajah dia…”
Sumber: HCL