Program The Masked Singer Malaysia sememangnya antara program kendalian Astro yang mendapat perhatian ramai.
Sejak kebelakangan ini, para juri sudah mulai dapat meneka dengan betul siapa selebriti disebalik maskot-maskot yang menyanyi di atas pentas.
Semalam menyaksikan selebriti memakai maskot penyu telah tersingkir dan perlu mendedahkan identitinya.
Siapa sangka disebalik maskot tersebut adalah pelakon dan pengarah hebat iaitu Zul Huzaimy yang pada minggu-minggu sebelum ini menunjukkan kemampuan luar biasa dalam menyanyi.
View this post on Instagram
Dia yang membawakan lagu Karam dendangan Zabarjad berada di kedudukan terendah dan menyebabkannya tersingkir pada malam semalam.
View this post on Instagram
Walaupun sebelum ini namanya kerap ‘naik’ diruangan-ruangan komen, namun dia dan isteri dilihat pandai bermain ‘wayang’ dengan menafikan segala tekaan tersebut.
Jadi, menerusi Instagramnya, dia memohon maaf andai terpaksa menafikan bahawa dirinyalah yang berada di sebalik maskot dan topeng penyu itu.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ramai yang memuji suara Zul kerana tak sangka mempu menyanyi dengan baik serta mara sehingga ke tahap ini.
Ramai juga yang sudah dapat meneka bahawa disebalik maskot itu adalah pelakon tersebut kerana beberapa petunjuk sangat kena dengan tuan punya badan.
Sumber: Instagram zulhuzaimy_m