Komposer dan penyanyi Ajai, 47, enggan ambil hati dengan komen ke.sat daripada sege.lintir netizen yang menyifatkan kritikan.nya sebagai juri Big Stage 2022 cukup ped.as.
Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas berkata, segala kritikan diberikan kepada peserta program itu bertujuan untuk kemajuan kerjaya seni mereka jika mahu bertahan dalam industri hiburan khususnya bidang muzik.
Foto: IG
“Fokus utama saya hanyalah kepada peserta Big Stage 2022, melakukan tanggungjawab saya dan memastikan mereka semua faham mengenai maksud kerjaya.
“Pada peminat-peminat mereka yang sudah melontarkan kata-kata kesat kepada saya, jan.gan ri.sau, saya faham. Saya sentiasa memaafkan,” katanya.
View this post on Instagram
Ajai juga berharap peserta yang bertanding dalam program itu yakin dan perlu percaya sepenuhnya terhadap bakat sendiri selain siap siaga hadapi ranjau duri bergelar anak seni.
“Alang-alang menyel.uk peka.sam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau takut dila.nda omb.ak, jang.an berumah di tepi pantai,” katanya.
Ajai selaku juri tetap program itu sentiasa menjadi perdebatan netizen terutama dalam pemberian markah. Kritikannya juga terlalu jujur dan kadang-kadang aga.k pedas terhadap peserta.
View this post on Instagram
Minggu lalu, penyanyi Tuah Adzmi menjadi peserta tersingkir dan kini hanya tinggal sembilan peserta bertanding.
Mereka ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Daniel Chuer, Tegar Septian, Syafiq Abdillah, Sofia Marielylla, Yasmin Aziz, Ajoi Zainal dan Megat Rahim. –CARI
Sumber: Harian Metro