Pelakon Wan Sharmila enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya yang dikait.kan dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.
Jelas Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala, 40, dia enggan kenyataannya nanti disalah tafsir dan meng.guris hati pihak lain.
“Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa. Tak nak cakap apa-apa sebab ta.kut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain.
“Tapi bimbang pula yang men.dengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak. Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Ta.kut salah,” katanya kepada Gempak.
Lala ditemui pada majlis previu bufit ramadan Destinasi Rasa bersama cef selebriti, Chef Naem Ramli di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini.
Mengimbas semula, khabar angin mengenai hubungannya dengan keluarga Shuib mulai ter.cetus menerusi sepotong video yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Siti Sarah Raisuddin.
View this post on Instagram
Lala dipercayai meluangkan masa bersama anak perempuan Allah.yarham Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9.
Bagaimanapun, Lala menga.kui menjadi pengguna setia dan pembeli tudung yang diusahakan oleh Allah.yarham Sarah, Loveta.
“Saya pakai tudung ar.wah sebab tudung dia sangat selesa. Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada ar.wah. Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan.
“Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib).
“Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,” tambahnya.
Untuk rekod, Lala pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada 2007 namun berpisah dua tahun kemudian.
Sumber: Gempak