Nama Aliff Aziz baru-baru ini telah hangat diperkatakan oleh wargamaya atas kemenangannya sebagai juara bagi program Konsert Gegar Vaganza minggu kelapan mengejutkan ramai pihak. Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka!
Dan kini, untuk pengetahuan umum, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah telah berangkat menunaikan umrah bersama ibu bapa isterinya pada 9 Februari lalu.
Namun baru-baru ini, menerusi satu gambar yang telah dimuatnaik di akaun Instagram Bella Astillah telah berjaya menarik perhatian ramai.
” Tutup matamu. Bayangkan aku Apakah ada cinta seperti diriku. Tabah kau ada. Firasat berkata. Aku ber4ni membuktikan dengan cinta. Aku tercipta. Layak bagai Hawa. Temani Adam di dunia?. Happy belated birthday, dear hubby! “. Tulisnya di ruangan kapsyen
View this post on Instagram
Menurut Bella Astillah, kasih sayangnya terhadap Aliff tidak akan pernah terhenti meskipun usia mereka semakin meningkat dewasa saban tahun. Tambah Bella, dia akan sentiasa memimpin tangan Aliff dan mencipta banyak memori bersama.
Ujar Bella, dia tahu dalam dunia ini tiada seorang pun suami yang ‘perfect’ tetapi Aliff boleh berusaha ke arah kebaikan hari demi hari. Sebagai isteri, Bella turut mendoakan suaminya dipanjangkan umur, dilimpahkan lagi rezeki dan sentiasa dilindungi-Nya InshaAllah.
Tanya dia nak hadiah apa. Lepas tu dia cakap tak nak hadiah jangan sus4h-sus4h so Bella macam alahai baiknya tapi kan terus teringat hadiah PS5 tahun lepas pun masih tak disentuh dalam almari patutlah pun mesti rasa bersalah kan.
Difahamkan, Aliff, Bella dan keluarga masih mengerjakan ibadah umrah. Pasangan tersebut sempat merakam beberapa foto bersama ketika berada di Jabal Al- Rahma.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen di perkongsian tersebut, netizen juga turut mendoakan kebahagiaan Bella dan suami kekal hingga ke Jannah.
Komen netizen:
Sumber: Oh Bulan