Home Hiburan “Apapun , Doakan Saya Dan Talita Sekeluarga” – Wan Sharmila

“Apapun , Doakan Saya Dan Talita Sekeluarga” – Wan Sharmila

241
0

Pertama kali berjumpa dengan Dzahira Talita Zahra, 9, pelakon Wan Sharmila memuji keperibadian anak perempuan pelawak, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang disifatkan seorang yang bersopan-santun dan menghormati orang yang lebih berusia.

Aktres yang mesra disapa sebagai Lala bersyukur kerana pertemuannya dengan Talita dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dipertemukan juga dengannya. Semuanya dipermudahkan.

“Dia seorang anak yang baik dan menghormati orang lain. Dia juga pandai buat lawak dengan aksi bersahajanya,” kata Lala kepada Harian Metro.

Sama seperti yang dikongsikan oleh pelakon itu di Instagram, dia gembira kerana Talita sudi berkawan dengannya. Dia juga seronok dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, Lala enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Talita kerana bimbang disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

“Saya tak nak ulas lebih banyak mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang salah anggap. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan Talita sekeluarga,” katanya.

Sebelum ini, nama Lala tular di media sosial apabila dia didakwa sebagai ‘wanita misteri’ yang memeluk anak Shuib.

Warga maya memetik namanya berdasarkan bentuk tubuh dan penampilan wanita dalam gambar berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon itu menafikan khabar angin tersebut.

100205v3rmihimjt740r1r

Sumber: cari

Previous article“zizan auto mnangis bila dgr lagu ni..” – Nyanyian Ella undang rmai sebak, semangat patriotik mmbara
Next article“Waww, sweet pulak tu..” Bella Astillah Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Aliff Aziz Di Makkah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here