Sejak wa.bak C.o..id-19 menye.rang seluruh dunia, sektor ekon.omi terje.jas te.ruk sekali gus menyebabkan hampir setiap individu ‘struggle’ untuk meneruskan kehidupan.
Industri hiburan turut menga.lami nasib sama apabila sepanjang dua tahun anak seni dikekang untuk menjalankan sebarang aktiviti sama ada lakonan mahupun nyanyian.
Banyak projek tergendala menyebabkan penggiat industri seni tempatan kehilangan punca pendapatan malahan ada yang kehabisan wang simpanan demi menampung komitmen mereka.
Bagi vokalis kumpulan Floor 88, dia merancang untuk menjalankan perniagaan nasi lalap di tepi jalan bersama isterinya, Nur Natasha Ahmad Nawawi yang kini sedang ha.mil empat bulan.
View this post on Instagram
Berdasarkan laporan Astro Gempak, jejaka kelahiran Sabah yang memilih lokasi gerai tepi jalan di Maxim Sentul itu menyifatkan cabaran menjalankan perniagaan tepi jalan lebih mudah jika dibandingkan restoran.
“Nasi lalap terkenal di Tawau. Macam ayam penyet tetapi beza pada sambal dan ayam. Saya berasal dari Tawau jadi saya ingin bawa makanan itu ke sini. Buka khemah dan jual nasi lalap tepi jalan dengan orang ramai. Sempoi.
View this post on Instagram
“Berniaga tepi jalan rasa macam lebih senang. Tak payah fikir sewa cuma mohon le.sen sahaja selepas itu boleh pacak khe.mah. Saya rasa ramai orang suka beli tepi jalan sebab saya juga seperti itu,” katanya.
Tambah Ayie lagi, setiap individu sedang ‘struggle’. Tidak kisah sama ada seseorang itu artis atau apa pun pekerjaan yang dilakukan sebelum ini, masing-masing berusaha untuk mencari nafkah buat keluarga.
Turut menjalankan perniagaan restoran, Ayie Elham Cafe yang dibuka pada 2020, penyanyi itu bersyukur kerana operasi bisnes berkenaan perlahan-lahan semakin pulih.
Sumber: CARI