Home Hiburan “Dia takkan g4nggu..” – Adam’s Family akur kontrak rumah sewa tak diperbaharui,...

“Dia takkan g4nggu..” – Adam’s Family akur kontrak rumah sewa tak diperbaharui, percaya ada tak senang dengan anak autisme

235
0

RIBUAN mesej membanjiri perkongsian seorang bapa yang meluahkan perasaan sed1h berhubung situasi yang dihadapi keluarganya apabila terp4ksa berpindah kerana kontrak sewaan kediamannya tidak diperbaharui.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram, Iman Wan Tuck Meng berkata, ia dipercayai aduan yang dibuat oleh jiran-jirannya yang kurang menyenangi kehadiran anak istimewanya, Adam, yang mengh1dap aut1sme.

adamsautismfamily 252489297 883251649027913 7090364747911737120 n

“Kepada jiran di kiri dan kanan kami di Temasya Suria (Shah Alam). Kami tahu apa yang anda lakukan dan kami tahu anda orang yang macam mana… tapi jangan bimbang. Impian anda sudah jadi kenyataan.

“Kamu dah berjaya minta pemilik untuk tidak memperbaharui sewaan kami. Kami akan berpindah keluar hujung bulan ini. Anak lelaki saya tidak akan g4nggu kamu lagi.

“Mohon maaf untuk semua ketidakselesaan yang ditimbulkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kehidupan yang baik selepas ini,” tulisnya dalam hantaran di laman sosial tersebut.

Anak kedua Iman Wan, Adam, 20, disahkan mengh1dap ‘Aut1sm Spectrum Disorder’ (ASD) dan g4ngguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.

Sementara itu pada bahagian kapsyen, Iman Wan yang juga bapa kepada tiga cahaya mata menjelaskan, anak lelaki tunggalnya itu bukan membuat bising setiap masa.

“Dan walaupun dia berbuat demikian, tidak pernah dari subuh hingga malam.

“Kami mendapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa sebab penyewaan kami tidak akan diperbaharui kerana pemilik berasa terlalu tertekan sepanjang tahun daripada adu4n yang dibuat oleh dua jiran kami kepadanya.

“Kami faham dan kami tahu di mana duduk kami,” ujar Iman Wan yang juga seorang komposer suatu ketika dahulu.

adam 2

Adam merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik.

Sungguhpun begitu, Iman Wan berkata dia dan keluarganya reda dengan apa yang berlaku dan yakin dengan takdir Allah.

“Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.

“Sebab saya membuat perkongsian ini adalah supaya keluarga yang mempunyai keadaan yang sama akan tahu bahawa tidak semua orang boleh menerima individu autistik seperti anak kami.

“Kami perlu bekerja lebih keras dan terus mendidik tentang kesedaran, penerimaan dan pemahaman aut1sme. InsyaAllah,” tulisnya dalam perkongsian pada Jumaat.

Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.

IMAN WAN

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi keluarganya.

Malah, ada yang menawarkan agar keluarga Iman Wan berpindah ke kawasan kejiranan mereka yang lebih berfikiran terbuka.

1 33

Sementara itu menerusi satu hantaran di IG Story tidak berapa lama selepas perkongsiannya, Iman Wan menzahirkan rasa terharu dan terima kasihnya yang tidak terhingga dengan keprihatinan warganet.

Adam’s Family dikenali di Instagram kerana sering berkongsi mengenai aktiviti keluarga dan dalam masa yang sama cuba mendidik masyarakat mengenai aut1sme.

Akaun tersebut setakat ini memiliki 393,000 jumlah pengikut.

Komen netizen:

1 342 323 25

Sumber : Mstar

Previous article“Saya Dah Vir4l , Buat Apa Masuk Program Realiti?” – Azman Naim
Next articleDisuruh Ganti Iqbal Di BigStage, Ini Komen Pelik Fazley Yaakob, Memang Makan Dalam
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here