Nama usahawan Shuk Sahar tidak perlu diperkenalkan lagi selepas berulang kali terpalit dengan kontr0versi panas yang melibatkan rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera.
Kereta dalam parit
Shuk mencuri perhatian wargamaya sekali lagi selepas viral sebuah video di media sosial.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, kelihatan kereta milik Shuk terbabas ke dalam sebuah parit yang terletak di Tanah Liat, Bukit Mertajam, petang semalam.
Shuk, 36, turut dilihat ada di tempat kejadian sambil memerhati kereta jenis Myvi berwarna hitam diangkat naik ke atas jalan.
Biarpun sedang diuji, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar masih mampu ketawa dan membuat ‘lawak.’
Rancak netizen komen
Perkongsian itu telah menarik netizen untuk meninggalkan pelbagai komen dan respon di ruangan tersebut.
Ada segelintir warganet yang mempersoalkan sejak bila pelawak ini menggunakan kereta Myvi sedangkan sebelum ini model berbeza.
Selain itu, warganet turut menyeru pengguna lain untuk ‘tag’ akaun TikTok Sera supaya tahu tentang ‘kemalangan’ tersebut.
Sumber: Tiktok @utusantvofficial, @afiqazman369 via OHBULAN