Home Hiburan Fasha Sandha Tak Tahan Seb4k Tengok ‘Scene’ Anak Jiran Peluk Jemyma Selepas...

Fasha Sandha Tak Tahan Seb4k Tengok ‘Scene’ Anak Jiran Peluk Jemyma Selepas Tamat Tempoh Kuar4ntin Di Rumah

247
0

Sebagai ibu, pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa sebak sebaik sahaja melihat hubungan persahabatan yang terjalin di antara anak-anak jiran dengan anaknya. Ujar Fasha, anak-anaknya sangat bertuah kerana memiliki rakan-rakan yang sangat baik dan sentiasa bertanya khabar sewaktu mereka menjalani kuar4ntin kendiri di rumah.

Kuar4ntin selama 10 hari di rumah

Screenshot 2022 02 07 at 11.27.13 PM

Menurut Fasha, anak-anaknya terpaksa menjalani kuar4ntin di rumah selama 10 hari selepas salah seorang pelajar di sekolah didapati positif Cov1d-19. Meskipun anak-anaknya disahkan negatif, Fasha mengambil langkah berjaga-jaga agar v1rus tersebut tidak menj4ngkiti mana-mana individu lain.

Selepas 10 hari kuar4ntin. Baru boleh nampak kawan sebenar. Men4ngis aku tengok scene ni. Sump4h! Haih, bila bad times baru kita tahu, siapalah kawan yang betul-betul kawan, siapa yang langsung tak peduli, siapa yang selalu drop by depan rumah tanya khabar, siapa yang takut dengan kita, suprisingly, yang rapat itulah yang tak peduli dan takut dengan kita. Tanya khabar pun tak.

Jelas Fasha, dia tersentuh sebaik sahaja melihat budak-budak tersebut berlari dan memeluk erat anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma. Tambah Fasha, dari situ anaknya boleh menilai sama ada rakan tersebut baik ataupun tidak. Fasha turut meluahkan rasa terima kasih kepada empat orang rakan anaknya iaitu Darling, Chanela, Elsa Erisa, dan Nurin kerana sering datang ke rumah dan bertanya khabar.

Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila boleh keluar main sama, tanya sihat ke tak. Tersentuh hati ibu. Alhamdulillah anak-anak saya sihat, negatif dan habis kuar4ntin. Syukur Alhamdulillah.

Kasih sayang sejati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Fauziah Nawi dan Yasmin Hani turut meluahkan rasa yang sama sebaik sahaja melihat video yang dikongsikan oleh Fasha Sandha itu. Menurut Fauziah Nawi, kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak kecil itu merupakan kasih sayang yang sejati sampai ke m4ti.

Sumber: Fasha Sandha  via OHBULAN

Previous articleTahniah! Pengasuh Aafiyah, Dayah Zubit Selamat Timang Cahaya Mata Sulung
Next articleKereta Shuk Sahar ‘T3rjun’ Masuk Parit, Netizen Tanya Doa Siapa Termakbul?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here