Sebilangan selebriti dari Indonesia mempunyai darah campuran Itali, baik daripada sebelah bapa atau juga ibu mereka. Selain dari memiliki rupa paras yang cantik dan kacak, nama mereka juga panjang dan agak sukar untuk dieja malah juga disebut.
Mesti ramai yang masih tidak tahu nama sebenar artis berketurunan Itali ini bukan? Salah seorang daripada mereka adalah Celine Evangelista. Jom kita tengok!
1. Mariana Renata
Mariana Renata memiliki darah campuran Itali daripada sebelah bapanya, Andrean Dantec, manakala ibunya pula adalah dari keturunan Jawa. Nama sebenar pelakon cantik manis ini ialah Mariana Renata Dantec yang juga mempunyai darah campuran Cina dan Perancis.
2. Celine Evangelista
Celine Evangelista mempunyai darah berketurunan Itali dari sebelah bapanya, Maurro Ricci. Nama sebenar pelakon jelita ini agak panjang iaitu Celine Evangelista Monika Maureen Ricci.
3. Dylan Carr
Dikenali dengan nama Dylan Carr, pelakon lelaki kacak ini juga mempunyai darah campuran yang berbangsa Itali dan Indonesia. Nama sebenarnya ialah Dylan Putra Allan Carr.
4. Angela Gilsha
Angela Gilsha juga antara selebriti dari Indonesia yang mempunyai darah kacukan Itali dari sebelah bapanya dan ibunya yang berasal dari bali, Indonesia. Nama penuh pelakon jelita ini adalah Angela Gilsha Panari.
5. Ciccio Manassero
Ciccio Manassero merupakan seorang pelakon yang berketurunan Itali. Nama sebenar bintang sinetron ‘Handsome Handsome Srigala’ ini adalah Massimiliano Manassero Lefrand.
6. Alexandra Gottardo
Alexandra Gottardo mempunyai darah campuran Itali yang diwarisi dari sebelah bapanya, Carlo Gottardo manakala ibunya, Banik Ekawati berasal dari Jawa. Pelakon jelita ini mempunyai nama sebenar iaitu Alexandra Ria Farista Gottardo.
7. Nicole Rossi
Bintang sinetron ‘Elif Indonesia’, Nicole Rossi ini mempunyai darah kacukan Itali-Indonesia. Nama sebenar Nicole adalah Nicole Elizabeth Rossi.
8. Puteri Marino
Akhir sekali adalah Putri Marino yang merupakan seorang pelakon yang berdarah campuran Itali dan Bali. Nama sebenar bintang sinetron ‘ Layangan Putus’ ini adalah Ni Luh Dharma Putri Marino.
Sumber: Muraim