Home Hiburan Meng3luh Pen4t Disamakan Dengan Gadis TikTok, Mia Sara Dikec4m Teruk

Meng3luh Pen4t Disamakan Dengan Gadis TikTok, Mia Sara Dikec4m Teruk

328
0

Gara-gara memuat naik status berasa penat apabila se.ring disam.akan dengan individu lain, pelakon Mia Sara menerima keca.man sehingga namanya trending di Twitter.

Menerusi perkongsian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 16, dia meluahkan rasa pelik apabila netizen sering meletakkan pautan akaunnya pada mana-mana individu yang memakai tudung hitam dan ‘eyeliner'(pembayang mata) sama sepertinya.

Foto: IG

“Kenapa setiap wanita yang memakai tudung hitam. dan eyeliner kelihatan seperti saya. Saya penat sering dipautkan (tagged) kepada random girls di Tiktok” tulisnya di Twitter.

Status yang ditulis pada Rabu itu menerima lebih 400 ulang kicau dan 3,000 tanda suka.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan status tersebut dan menganggap pelakon tersebut tidak gemar gayanya ditiru wanita lain.

“Mia Sara dike.cam warga Twitter kerana menggelarkan dirinya ‘trendsetter’ namun netizen tidak berpuas hati.

“Kalau aku pakai eyeliner dengan tudung hitam muka aku macam Mia Sara ke?

“Yang ada TikTok tu kau nak tanya aku nampak macam Mia Sara ke?” antara komen netizen.


Bagaimanapun, Mia tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataannya dan memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan perkara tersebut.

“Saya minta maaf, anda salah faham dengan kenyataan saya. Ini memang salah saya.

“Apabila saya baca semula apa yang saya tulis, saya mungkin akan buat perkara sama macam anda.

“Saya hanya menulis secara sarcastic kepada sesiapa yang tag saya samakan dengan perempuan lain hanya kerana mereka memakai tudung hitam dan ayeliner, saya rasa itu salah.

“Apa yang cuba saya sampaikan ialah mereka cantik seperti diri mereka. Kalau anda tidak setuju dengan pendapat saya, saya okey sahaja kerana semua ada pendapat sendiri,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Previous articleYang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri sambut dua cucunda
Next article“Congrats, sweet sangat..”- Zaki Bertunang Dgn Raa Suzuran, Dedah Detik2 Permulaan Bercinta!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here