DS Vida kata janda Kelantan selalu menjadi rebutan.
Buktinya, Caprice menamatkan zaman bujang dengan memilih wanita yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai anak.
Kata Vida, golongan janda sepertinya terbukti masih memiliki saham yang tinggi.
“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan.
“Saya tengok dekat aplikasi TikTok pun ramai lelaki mengatakan keinginan untuk memperisterikan janda.
“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik… itulah sebab anak teruna ramai gilakan janda. Kalau tak manalah orang gilakan kita sampai macam tu sekali,” katanya kepada mStar.
View this post on Instagram
Kata Vida lagi, sepanjang empat tahun berstatus janda, ramai lelaki bujang yag berebut nak jadikannya isteri.
“Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riyak pula… tapi hati ini tak boleh dipaksa-paksa terima orang.
View this post on Instagram
“Apabila hati dah retak lagi la takut… lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap,
“Saya enjoy dengan cara saya setakat ini, buat apa suka… nak bercuti, nak shopping saya buat sendiri sahaja.”
View this post on Instagram
Fuh, apa kata kaum lelaki? Adakah memang janda yang anda idamkan?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:Cari