Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) akan melabuhkan tirainya pada malam ini, Ahad 9 Malam. Program yang bermula pada 21 November 2021 menampilkan Penyanyi lagenda indonesia, Hetty Koes Endang kembali sebagai juri tetap bersama Dato’ Ramli MS (Tok Ram) dan bersama juri tetap baharu iaitu Dato’ Syafinaz Selamat.
Minggu Akhir Dengan 6 Orang Finalis
Pada minggu ke 10 yang merupakan minggu akhir, seramai 6 orang telah berjaya menjadi finalis GV8. Lapan daripadanya adalah Adibah Noor, Aliff Aziz, Aweera, Azzan (Scan), Nikki Palikat dan Suki Low.
Terdapat dua pusingan iaitu pusingan 1 yang merupakan Medley Solo dan Duet manakala pusingan ke 2 para finalis akan melakukan Battle (Hip Hop).
Rehearsal Red Carpet Telah Dijalankan
Seperti biasa, dalam mana-mana acara, pastinya rehearsal akan dilakukan sebelum acara yang sebenarnya bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Pada malam rehearsal tersebut, Tok Ram telah menjadi perhatian dengan penampilannya yang sangat sempoi ketika itu.
Orang Penting Yang Sempo
View this post on Instagram
Satu video yang dikongsikan oleh pelawak Issey, telah mencuri perhatian para netizen dan juga rakan selebriti. Dalam video tersebut, Issey menunjukkan pemakaian Tok Ram ketika majlis rehearsal dijalankan.
Penampilan Tok Ram yang merupakan orang penting untuk acara itu hanya berpakaian t-shirt, kain pelikat dan juga selipar jepun.
Ramai yang turut memberi komen terhadap video tersebut dan memuji dengan tindakan yang dilakukan oleh Tok Ram itu. Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan Tok Ram kelihatan comei dan seorang yang merendah diri.
Sumber: Muraimy