Home Hiburan Sesak! Gara-gara ‘kenduri kahwin terakhir’, 9 beradik bawa anak isteri berkhemah dalam...

Sesak! Gara-gara ‘kenduri kahwin terakhir’, 9 beradik bawa anak isteri berkhemah dalam rumah mak ayah… tidur lambak dah biasa

292
0

SUDAH menjadi kelaziman apabila setiap kali tibanya hari raya ataupun kenduri kendara, pasti rumah ibu bapa di kampung penuh dengan anak-anak dan cucu cicit.

Apabila sekali sekala berkumpul beramai-ramai, sudah pasti timbulnya masalah kekurangan bilik tidur.

Mungkin bagi sesetengah keluarga, mereka lebih gemar menyewa hotel ataupun homestay untuk mengelakkan ‘kesesakan’ di dalam rumah, namun ada yang lebih gemar berkumpul beramai-ramai dan ‘tidur lambak’.

Menerusi perkongsian di media sosial, keluarga pemuda ini pula tampil dengan idea kreatif iaitu memasang khemah di dalam rumah!

Menurut Muhammad Fakrul Radzi Badaruddin, idea tersebut disuarakan oleh bapanya memandangkan bilik tidur di rumah mereka tidak cukup untuk menampung kesemua ahli keluarga yang pulang untuk meraikan perkahwinan abangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami ada sembilan adik beradik di mana lapan daripadanya termasuk saya sudah berkahwin. Kiranya ini kenduri kahwin terakhir dalam keluarga kami. Kalau kenduri memang buat dekat kampung.

“Jadi memandangkan semua adik beradik balik kampung membawa anak isteri masing-masing, sudah tentu ramai dan tak cukup bilik tidur.

khemah 2

Keluarga besar Fakrul.

“Jadi ayah yang suarakan idea untuk pasang khemah. Lagipun ruang tamu sangat luas,” kata pemuda berusia 29 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Fakrul, terdapat lima buah khemah yang dipasang di dalam rumah ibu bapanya yang terletak di Gerik, Perak.

“Khemah-khemah itu didiami oleh anak-anak saudara dan pasangan yang masih berdua. Budak-budak memang seronoklah sebab boleh berkumpul sesama sepupu sepapat mereka.

“Sebenarnya ia khemah pasang siap… hanya ambil masa sekejap saja untuk pasang dan tanggalkan. Bila waktu siang, kami tanggalkan khemah tu. Hanya pasang waktu malam,” katanya.

Sekadar memuat naik untuk tujuan suka-suka, Fakrul berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsian tersebut meraih perhatian apabila mendapat lebih dari 590,000 jumlah tontonan.

“Ada yang tanya panas ke tak dalam khemah? Kalau nak tahu, kampung kami kalau waktu malam memang sejuk. Tak payah kipas dah.

khemah 3

Kawasan rumah Fakrul terletak bersebelahan dengan tasik.

“Tapi dalam komen-komen, ada pula netizen yang bergaduh sesama mereka menegakkan pendapat masing-masing. Ada yang kata lebih baik duduk homestay dan macam-macam lagi. Tak perlu macam itu, kita chill saja. Lain orang, lain caranya. Lagipun sekali sekala je.

“Kanak-kanaklah sangat gembira sebab dapat berkumpul bersama sepupu sepapat dalam satu rumah. Main game, tidur, main dan makan bersama-sama.

“Tapi ramai netizen yang kata perkongsian saya beri idea kepada mereka bila balik kampung nanti kerana boleh mengimbas kenangan dulu-dulu waktu tidur lambak,” katanya lagi.

Komen netizen:

Capture 79

Capture1 63

Capture2 47

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Previous articleJalani Sw4b Test, ‘Wanita Genit’ Admit Ward Esok Untuk Czer Anak Pertama. Netizen Tak Putus Titip Doa
Next article“Sayang Muda-Muda Dah Tak Ada G1gi, Isteri Lawa” – Vida Nak Taja Yassin Senario Buat Gigi Baru
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here