Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon, Datin Paduka Eina Azman apabila dia antara selebriti wanita yang disenangi oleh ramai peminat kerana selain lakonannya, dia juga tidak lokek berkongsikan resepi masakan di media sosial peribadinya.
Selain Eina Azman, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah juga membuatkan ramai menyenangi sikap humble pasangan ini yang lalunya membuatkan mereka sering menjadi perhatian.
Kali ini pula, Eina Azman dan suami tular di aplikasi TikTok disamping dibicarakan ramai mengenai sikap mereka yang dilihat berada disebuah kedai makan.
Rakaman yang dimuat naik ini memaparkan Eina Azman dan suami sudah selesai makan disamping dirakam yang dipercayai tuan kedai itu mengucapkan terima kasih kepada pasangan terbabit.
Walau bagaimanapun, selain gelagat sempoi mereka menjadi bualan warga TikTok, sikap Eina Azman juga menerima pujian ramai apabila dia dan suaminya itu dilihat tidak sombong.
Ruang komen di hantaran video terbabit juga dengan pantas ditinggalkan bermacam-macam komen positif daripada warga TikTok yang memuji sikap humble dan tidak sombong pasangan terbabit.
“Datin Paduka Eina dan suami mana pernah sombong, ramah, walaupun dia kaya tapi tak bongkak”
“Tak sombong”
“Cantik Datin, Datuk pun sporting…”
Sumber: HCL