Home Hiburan Kec0h Dijodohkan Dgn Shuib, Akhirnya Nana Tampil Buka Mulut, Jawab Persoalan Netizen

Kec0h Dijodohkan Dgn Shuib, Akhirnya Nana Tampil Buka Mulut, Jawab Persoalan Netizen

149
0

Penyanyi popular, Siti Nordiana, 37, tidak melat4h apabila netizen mengaitkannya dengan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, sebaliknya, menganggap hanya usikan peminat.

Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana berkata, dia terkejut apabila video dikongsikan di aplikasi TikTok ketika berkunjung ke sebuah butik menjadi tular, baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya tidak tahu video ini menjadi tul4r. Sebenarnya, saya selalu pergi butik berkenaan untuk mengambil baju untuk persembahan. Pereka fesyen di butik ini sudah biasa bekerjasama dengan saya.

“Namun, tidak sangka pula usikan mengatakan saya menempah baju kahwin menjadi tular sehingga nama dikaitkan dengan Shuib.

“Bagaimanapun, saya sudah lali dengan gosip, malah, tidak mengambil pusing mengenainya,” katanya kepada BH Online.

VIDEO :

Terdahulu, nama Nana dikaitkan dengan suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selepas video dipercayai milik pereka fesyen menunjukkan Nana datang ke butiknya untuk menempah baju tersebar.

Malah, pemilik video itu sempat mengusik kononnya Nana datang ke butik menempah baju perkahwinan.

Nana terkejut apabila video dikongsikan di aplikasi TikTok ketika berkunjung ke sebuah butik menjadi tular, baru-baru ini. – Foto IG Siti Nordiana

Gara-gara video berkenaan, netizen membuat spekulasi dan cuba menjodohkan Nana dengan Shuib yang kehilangan arw4h isteri akibat p4ndemik C0VlD-l9 pada 9 Ogos lalu.

“Dengan Shuib ke?” tanya seorang netizen.

“Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna aplikasi TikTok.

Ini berikutan Shuib membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang, namun, hubungan belum sampai tahap serius pada majlis pelancaran tudung Loveta X Anzalna milik syarikat arwah isterinya, minggu lalu.

Malah, Shuib mendedahkan ibunya sudah memberikan lampu hijau dan menyarankan membuka pintu hati mengenali wanita.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Nana pula pernah mendirikan rumah tangga pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercer4i pada September 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14.

Sumber :ig Siti Nordiana

Previous article“Saya tak pernah keluarkan..” (Video) Tular isi Dukung Wanita. Sekali Zul Ariffin Tampil Bersuara!
Next article“Waww, Cantiknya..” Kembali Berlakon Lepas Lama Menyepi, Penampilan Terkini Fathia Latiff Jdi Bualan!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here