PELAKON dan penyanyi, Elizabeth Tan mende.dahkan rahsianya bahawa dia tidak pernah mema.ndu kereta walaupun memiliki lesen kenderaan sejak berusia 18 tahun.
Menurut pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei atau mesra disapa Lizzy itu, dia seringkali tidak merasa tenang jika memandu sendiri kerana diselubungi dengan perasaan takut serta fobia yang teruk terhadap jalan raya.
“Saya ta.kut untuk memandu kereta sendiri. Jadi, selama ini jika mahu ke mana-mana pun saya akan dijemput pengurus, suami atau menggunakan khidmat tempahan kenderaan secara dalam talian saja.
“Saya pasti tak boleh tenang jika memandu sendiri kerana perasaan terlalu ta.kut itu. Jadi, daripada akan membahayakan diri sendiri dan orang lain, lebih baik saya tak ambil risiko,” ujarnya menerusi laporan Harian Metro.
View this post on Instagram
Tambah Lizzy, dia pernah terbabit dengan kema.langan sehingga melan.ggar sebuah tek.si.
Ujarnya lagi, dia cuba memberanikan diri untuk memandu sekiranya sudah bergelar ibu suatu hari nanti.
“Namun, saya yakin akan beranikan diri untuk memandu juga suatu hari nanti apabila sudah memiliki anak. Ini kerana kebanyakan ibu zaman sekarang memang boleh memandu untuk menguruskan anak mereka.
“Jadi, hendak atau tidak saya tetap kena kuatkan diri untuk memandu sendiri bagi menguruskan anak-anak nanti. Sudah tentu saya juga perlu hantar mereka (anak) ke sekolah dan ketika itu memang kena memandu,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Semua Sudah ini juga bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami pada Februari depan.
Justeru, Lizzy memberitahu, dia kini dalam proses diet sebagai persiapan menuju hari bahagianya.
“Saya diet sejak beberapa bulan lalu untuk persediaan diri di majlis resepsi nanti. Walaupun hampir setahun berkahwin, saya dan suami tetap nak adakan majlis resepsi untuk meraikannya bersama saudara mara pula.
View this post on Instagram
“Sekarang ada peluang buat majlis, kami tak mahu ketinggalan kerana detik indah perkahwinan adalah sekali seumur hidup,” jelasnya.
Buat info, Elizabeth bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Siew Jim pada 20 Mac tahun lalu dan majlis perkahwinan berlangsung di sebuah gereja yang terletak di Gombak, Selangor yang hanya dihadiri 10 orang ahli keluarga terdekat demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Sumber: utusantv