Lapan tahun melayari alam rumah tangga, pelakon Siti Elizad berkata dia dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada Selasa, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37, berkata dia enggan lagi terlalu berharap kerana percaya Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik.
Kedit foto: IG Elizad
“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.
“St.res juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stre.s-str.es, nak tenang-tenang sahaja.
“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa g.eram… kalau buat anak ni macam m.esin tak apa juga,” ujarnya kepada mStar.
Kedit foto: IG Elizad
Terdahulu, Elizad menerusi Instagram memuat naik ucapan sambutan ulang tahun perkahwinan kelapan mereka yang menyentuh hati.
Menerusi kapsyen, penyampai radio Sinar FM ini meminta orang ramai mendoakan rezeki dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan tersebut.
Perkongsian Elizad itu turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat.
Sementara itu, Elizad memberitahu, zuriat bukanlah satu isu dalam rumah tangga yang dibina itu kerana suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu.
“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.
Sumber: mStar, Cari