Home Hiburan Malu Ank Masuk Sekolah Tahfiz. Sekali Penampilan Trbaru Joy Revfa Bt Ramai...

Malu Ank Masuk Sekolah Tahfiz. Sekali Penampilan Trbaru Joy Revfa Bt Ramai Kagum- “Macam ini laa”

183
0

“Sebelum ni pakai tudung selalu nampak rambut, kadang-kadang Arryan te.gur saya, katanya rambut ibu terkeluar tu… jadi secara tak langsung saya pun kena lebih berhati-hati soal pemakaian.”

Berikutan anak tunggalnya, Muhammad Arryan Firdaus menyambung pengajian ke sekolah agama, usahawan kosmetik Joy Revfa bukan sahaja semakin men..dalami ilmu agama, malah dia turut berhati-hati dalam soal pemakaian.

Menerusi Instagram, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 35, berkongsi beberapa foto dia bersama anaknya yang memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah tahfiz di ibu negara.

 

“Alhamdulillah Arryan sudah masuk darjah dua tahun ini, dia sambung pengajian di sebuah sekolah agama… sejujurnya sebagai ibu rasa seronok sangat anak sambung belajar sekolah agama sebab memang banyak kebaikan dia masuk sekolah tahfiz itu.

“Saya pun mula memperbaiki diri antaranya mengenai pemilihan pemakaian yang lebih sopan dan menu.tup au.rat, saya kena berubah untuk jadi contoh kepada Arryan… sekarang nak pakai pakaian ke.tat dan tudung sing.kat pun rasa ma.lu,” katanya kepada mStar.

015421rlywyvpviccbz3uy

Katanya, Arryan memang bercita-cita menjadi ustaz sejak kecil. Disebabkan cita-cita anaknya itu juga Joy menghantar Arryan ke tadika agama.

“Dia sejak kecil suka dengar orang mengaji dan buka YouTube bacaan zi.kir.

“Alhamdulillah sekarang Arryan dah mula menghafaz Al-Quran… dia juga ada ajar saya sebutan dalam Iqra.

“Yang bagusnya apabila anak masuk sekolah agama ini, bukan sahaja boleh mendidik anak-anak tetapi secara tak langsung didik jiwa ibu bapa juga,” ujarnya.

015422cuhqhtwfb3zkyugm

Kredit foto: IG

Semoga Joy bertahan istiqamah dengan perubahan ini.

Sumber: JoyRevfa

Previous articleMasih Tak Boleh Balik Rumah? Luahan Shila Amzah Jadi Bualan Netizen
Next articleDisoal ‘Bila Mahu Tambah Anak’, Diana Danielle Beri Penjelasan Padu!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here