Kemelut rumah tangga penyanyi Shila Amzah nampaknya masih belum berakhir begitu juga dengan isu berkaitan rumahnya di Cyberjaya. Sekitar jam 9 pagi tadi, wanita itu mengemas kini ciapan di Twitter meluahkan rasa rindu pada kediamannya itu.
“Jujur penat. Sangat penat. Tunggu. Penantian. Sabar. Baca benda yang kita tak suka. Masih kena sabar. Pujuk hati, pujuk diri,” tulisnya.
Bila hidup tu takde common sense.
Haih.— 茜拉 (@Shilaamzah) January 10, 2022
Perlu ada Empati..
Perlu peka pada keadaan..— 茜拉 (@Shilaamzah) January 10, 2022
Jujur penat..penat sangat.
Tunggu🥲
Penantian..
Sabar..
Baca benda yang kita tak suka..
Masih kena sabar..
Pujuk hati, pujuk diri…— 茜拉 (@Shilaamzah) January 10, 2022
Sebelum ini, Shila mendedahkan sudah memfailkan permohonan cer4i dan keluar dari rumah miliknya kerana kurang selesa dengan kehadiran suaminya, Haris Idraki Elias. Dia berharap suaminya berpindah keluar agar dia dapat kembali semula ke rumah berkenaan.
Malangnya, sejak Shila dan anaknya, Seth Uwais keluar daripada kediaman tersebut, sehingga ke hari ini penyanyi berusia 32 tahun itu masih tertungu-tunggu masa terbaik untuk kembali ke rumah miliknya itu.
Simpati dengan nasib menimpanya, ada yang mencadangkan agar Shila melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa di bawah akta pencer0bohan bagaimanapun undang-undang itu tidak terpakai dalam situasi yang dihadapinya.
View this post on Instagram
Ada juga yang mendoakan agar segala urusan wanita itu dipermudahkan.
KOMEN NETIZEN :
Semoga segala urusan dipermudahkan. Doa yang baik-baik!
Sumber – CARI