Sebuah video yang dikongsi penyanyi Elizabeth Tan di Instagram mengundang perhatian netizen.
Dalam video berkenaan, Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy memakai singlet hitam dan seluar pendek sambil menvmbuk batang pokok pisang.
“Salam dari Ayer Tawar, tiber,” seloroh Lizzy di bahagian kapsyen.
VIDEO :
View this post on Instagram
Meskipun hanya menunjukkan perbuatan suka-suka, namun netizen di ruangan komen tampil dengan pelbagai reaksi.
Ada netizen yang bergurau mengatakan dirinya rela menjadi pokok pisang dan ditumbvk oleh penyanyi lagu Semua Sudah itu.
Bukan itu sahaja, seorang lagi pengguna Instagram berseloroh mahu hentikan mengikuti (unfollow) Lizzy di akaun Instagram suaminya.
“Tumbvk jela kita, kita rela jadi pokok pisang itu,” tulis netizen.
“Kejap lagi aku unfollow dia dekat IG laki aku,” tulis seorang lagi.
“Untunglah pokok pisang tu hmm,” tulis yang lain.
Setakat artikel ini ditulis, entri tersebut mendapat lebih 54,000 tanda suka diikuti lebih 1,000 komen.
Sumber : IG Lizzy