Tya juga menyatakan empat daripada kakitangannya yang berkhidmat di bawah Empayar Mutyara turut terlibat dengan ben.cana alam yang menimpa beberapa lokasi di Lembah Klang itu.
Dia dan suami Asyraf Khalid begutu bersimpati dengan apa yang berlaku dan cuba meringankan beban mereka dengan sedikit sumbangan
“Niat saya dan suami adalah untuk menghulurkan sumbangan kepada para pekerja Mutyara serta keluarga mereka yang te.rke.san.
“Selain bantuan makanan dan keperluan asas, sumbangan wang ringgit juga turut saya salurkan kepada mereka,” katanya.
Tanggungjawab Sosial Bantu Mereka Yang Memerlukan
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut tersen.tuh dan air mata berge.nang saat melihat keadaan kediaman man.gsa terlibat.
Dek kerana itu juga Tya tekad untuk terus menghulurkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korpora.t (CSR) Cahaya Mutyara yang digerakkannya beberapa bulan lalu.
“Ini merupakan tanggungjawab saya meringankan beban golongan yang memerlukan. Saya dan pekerja-pekerja di Wisma Mutyara hidup ibarat keluarga dan saling membantu antara satu sama lain.
“Lagi pun Cahaya Mutyara sememangnya diwujudkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten dan menyeluruh.
View this post on Instagram
Sumber: mykmu