Penyanyi Datuk Hattan memberi tegur.an kepada mana-mana individu yang ingin memberi sumbangan supaya lebih ikhlas berbuat demikian.
Menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) beliau, Hattan berkata pemberi bantuan tidak perlu menampal gambar pada kotak sumbangan kerana ia memakan masa untuk sampai kepada mereka yang memerlukan.
“Ini satu saya nak teg.ur, penghantar bantuan tak payah la nak ta.ruk gambar kat kotak nak beritahu yang kita ni memberi bantuan.
“Ikhlas hati sahajalah…Nak tunggu print kotak lagi, bila nak sampainya? Dah surut pun air, jangan dah penuh barang tunggu kotak apa gunanya?
“Tak payah…kot seikhlas hati pergi je hantar. Tapi apa pun Alhamdulillah, barang dah sampai di Langat, Labu Lanjut, Sri Muda.
“Di Mentakab air masih lagi tinggi, kita nak cari jalan macam mana nak ke sana,” katanya.
Pesanan yang dibuat Hattan dalam dialek Negeri Sembilan itu menarik perhatian pengikut di IG dan memberikan pujian kepada penyanyi Rendang Tak Berbuah itu.
View this post on Instagram
Ada di antara mereka bersetuju dengan pandangan Hattan dan berpendapat sesetengah pemberian bantuan sepatutnya lebih peka dengan keadaan semasa.
“Betul tok…Tengok keadaan la nak tepek pun ni bukan waktu berkempen.”
“Ma.ti kogheh tok oiiii…dokek seminggu dah tunggu gambar eh siap kek kotak tu.”
“Tok tengok tak pelancaran sumbangan banjir buek kek hotel…?”.
“Banyak sangat SOP/prosedur ahli po.litik ni…Jadilah orang yang pertama membantu seikhlas hati, turun padang kawasan masing-masing, itu baru betul tanpa tunggu arahan.”
“Betul tu dato..sonyap yo bagi der.ma bukan nak dicanang satu dunia. Rakyat ado mato dan ado otak boleh fikir. Allah swt tu ada boleh nilai niat kito tu.”
“Boto tu tok! Ntah apo pesen ea gho..ma lotak gamba kek kotak. Pehtu kang nak kono potong reben mo. Osahhh!,”
Antara reaksi pengikut di IG Hattan yang turut membalas menggunakan log.hat Negeri Sembilan.
Dalam perkembangan lain, Hattan merupakan juri tetap program ‘Suara Viral 2.0’ bersama Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Marsha.
Konsert mingguan ‘Suara Viral 2.0’ ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 November 2021 selama 10 minggu.
Sumber: Gempak