Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menaja seorang kanak-kanak men.de.rita pen.ya.kit jan.tung terbalik yang berhajat untuk ke taman tema Legoland, Johor Bahru bersama ahli keluarganya.
Perkara itu dikongsi Tunku Ismail menerusi laman Twitter @HRHJohorII hari ini.
“Alhamdulillah jumpa nanti adik Adam,” ciap Tunku Ismail.
Alhamdulillah🤲🏻. Jumpa nanti adik Adam. Salam pic.twitter.com/xet6TAMbzn
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 17, 2021
Mohd Adam Amsyar, 9, meluahkan hasrat itu ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang di sini semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Abd. Rahman Ahmad, 47, bagaimanapun terpak.sa me.men.dam hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.
View this post on Instagram
Rata-rata orang ramai merasa terharu dengan budi baik TMJ dan segala kebaikannya yang dilakukan terhadap kanak kanak itu dan kekluarganya.
“Alhamdulillah. Untuk yang ini saya mendoakan Allah memberikan sebanyak-banyak rahmat dan berkat ke atas Tuanku sekeluarga,” jelas @chubb.
“Alhamdulillah. Terima kasih @HRHJohorII pantas dan tanpa mengira masa membantu rakyat Johor. Semoga tunku dan seluruh kerabat diRaja Johor sentiasa dlm lindungan Allah,” ujar @m_nuqman.
“Alhamdulillah. Semoga anak istimewa tersebut bergembira di Legoland dan didoakan agar segala berjalan lancar buat anak tersebut dan keluarga,” kata @DanialMDMY\
Komen Netizen:
Sumber: K! ONLINE