PEMBABITAN selama 13 tahun dalam industri seni lakonan akhirnya membuahkan hasil apabila nama pelakon Zul Ariffin diumum sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31), malam Jumaat.
Zul yang membawa watak atlet seni bela diri campuran (MMA) bernama Adam dalam filem berkenaan memberitahu impian untuk membawa pulang trofi berprestij itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Tak sia-sia saya datang sini. Saya berusaha ke arah itu. Tujuh tahun lalu saya ingat lagi dekat belakang stage nampak Rosyam Nor menang Pelakon Lelaki Harapan. Finally hari ini saya dapat juga bawa pulang anugerah FFM.
“It’s not easy and almost possible, 13 tahun dalam industri. Tipv kalau saya kata tak pernah berangan nak menang trofi ini tapi untuk Sangkar sangat istimewa,” ujarnya kepada mStar.
Antara babak melibatkan Remy dan Zul dalam filem Sangkar.
FFM31 yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam Jumaat menyaksikan filem Roh di4ngkat sebagai Filem Terbaik.
Sementara itu, rakan gandingannya dalam filem berkenaan, Remy Ishak turut membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM31.
Remy meluahkan rasa syukur dengan kemenangan yang diperolehi selepas berkerja keras dan memperbaiki mutu lakonannya dari semasa ke semasa.
13 tahun dalam industri. Tipu kalau saya kata tak pernah berangan nak menang trofi ini.
ZUL ARIFFIN
PELAKON FILEM LELAKI TERBAIK FFM31
“Saya tak tahu apa orang nak fikir sebab pembabitan selama 15 tahun dalam industri mungkin masih muda sebab ada orang yang lagi senior lebih 20 tahun.
“Tapi selama 15 tahun pembabitan saya dalam industri saya sangat bekerja keras. Saya cuba membawa pelbagai watak dalam lokanan. Saya lahir dalam industri ini secara indipendent dari segi lakonan.
“Selepas itu saya bekerja keras dari semasa ke semasa, kalau dalam drama pun saya bekerja keras dan kalau dapat peluang untuk melakonkan watak utama dalam setiap filem, saya cuba dan cuba lakukan terbaik,” katanya.
Selain Remy dan Zul, pengarah filem Sangkar, Kabir Bhatia turut bawa pulan trofi Pengarah Terbaik FFM31.
Sementara ini, menerusi posting di Instagram, Remy memberitahu anugerah yang diterima ini selepas penat lelah dan komitmen yang tinggi terpaksa dilakukan untuk menjayakan watak dalam filem berkenaan.
Bagaimanapun Remy sedikit kec3wa kerana kemenangan itu diperoleh selepas bapa men1nggal dunia.
“Pernah dulu arw4h ayah tanya.. Abang Emy bila nak pegang trofi FFM?”
“Bukan kerja senang… lepas jari kaki patah training BJJ dengan choreographer, lepas s3ksa m3ntal dan fizikal untuk naik berat badan dari 78 kilogram ke 90 kilogram dalam masa sebulan,
“lepas training fights siang malam, lepas fight on scenes dengan jari kaki yang patah tapi berlakon macam tiada apa-apa yang berlaku dan lepas ayah pergi tingg4lkan” tulisnya.
Filem arahan Kabir Bhatia itu juga membawa pulang trofi Pengarah Terbaik, Tatarias Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.
Filem Sangkar merupakan filem aksi yang mengisahkan permusuhan dan penebusan antara dua orang atlet MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi marcha dan keluarga masing-masing.
Film itu turut dilakonkan oleh Mira Filzah, Aman Graseka, Niezam Zaidi dan Fadlan Hazim.
Sumber:mStar