Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha memaklumkan bahawa beliau kini disah.kan po.sitif C….ovid-19.
Berita itu dikongsi Daiyan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.
“Hi, salam semua. Dengan berat hati saya ingin memberitahu bahawa saya telah disahkan po.si.tif C.O…VID-19.
“Pada awalnya saya menjadi kontak rapat dengan salah seorang krew produksi yang disahkan po.sitif pada Khamis dan ketika itu ujian saya masih negatif. Tapi Daiyan rasa tak sedap badan kebetulan haritu Daiyan ada majlis yang nak kena pegi.
“So, Daiyan terus buat test pagi semalam dan keputusannya adalah Po.sitif,” katanya.
Selain itu, Daiyan kini sedang mengamalkan kuarantin kendiri di rumahnya. Malah, krew produksi yang lain juga ter.paksa berhenti daripada meneruskan penggambaran dan menjalani kuarantin selama 10 hari.
Simptom tidak te.ruk tapi…
Menurut pelantun lagu Penat ini juga, sebelum mengetahui dirinya po.sitif CO……VID-19 , beliau hanya mengalami simptom seperti migrain, sa..kit te.kak dan kepala terasa berat.
Justeru itu, Daiyan berharap kepada mereka yang pernah berhubung dan menjadi kontak rapat nya dinasihatkan agar mendapatkan rawatan dan ujian segera.
View this post on Instagram
Sumber:xtra