Home Hiburan “Baca Doa Pun Ada Accent, So Cute”- Netizen Puji Kecomelan Anak Hanis...

“Baca Doa Pun Ada Accent, So Cute”- Netizen Puji Kecomelan Anak Hanis Zalikha, Alisa Aisyah

221
0

Telatah anak-anak pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering mencuri tumpuan ramai dek kerana kecomelan mereka.

Terbaru, Hanis berkongsi sebuah video memaparkan anak bongsunya Alisa Aisyah sedang membaca surah Al-Fatihah.

Perkongsian video berdurasi satu minit di Instagram thealisaaisyah yang mempunyai 1.3 juta pengikut itu telah menarik perhatian ramai kerana keletah Alisa yang pintar menghafal surah berkenaan dan bacaannya juga sedikit pelat seperti anak “mat salleh”.

Selesai membaca Al-Fatihah, Alisa yang baru berusia 2 tahun dilihat bergegas memanggil abangnya, Yusuf Iskandar untuk membaca surah berkenaan pula.

Perkongsian yang ditonton lebih dari 300 ribu tontonan sejak dimuatnaik itu membuatkan netizen terhibur dan memuji kecomelan Alisa.

Untuk info, Hairul dan Hanis kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian dengan anak-anaknya, jadi mungkin disebabkan itu Alisa mempunyai sedikit slang mat salleh.

Selain didikan agama yang secukupnya, menguasai bahasa Inggeris adalah satu kemestian dan juga kelebihan di zaman ini jika tidak mahu ketinggalan dalam banyak perkara. Jadi, didiklah anak-anak dari awal dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk kehidupan mereka di waktu dewasa kelak.

Semoga Alisa membesar menjadi seorang yang bijak dan solehah suatu masa nanti.

Sumber: CARI

Previous articleKemana Menghilangnya Anita Sarawak Terjawab! Sering Terkait Dgn Berita Beliau Meningg4l Dunia
Next article“Kami Akan Memulakan Perjalanan Baru Secara Berasingan” – 10 Tahun Berkahwin, Yasmin Hani Berpisah Dengan Suami
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here