Pelakon lelaki dan usahawan terkenal, Fizo Omar, 36, yang telah melangsungkan pernikahan pada bulan Oktober lalu dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang majlisnya diadakan secara tertutup. Menerusi entri terbaru aktor tersebut, Fizo memuat naik sekeping foto terbaharu di akaun Instagram bersama isteri tercinta. Apa yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen pada entri tersebut.
View this post on Instagram
“So excited… 1st time nak naik belon..Jap!!! Tapi kenapa panggil belon ek???? #peliktapibenar”
Foto itu dimuat naik ketika mereka berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), tetapi tidak dinyatakan kemana destinasi pasangan romantis ini. Perkataan ‘belon’ itu yang menjadi perhatian pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komen, sesetengah pengikutnya menjelaskan ‘belon’ itu perumpamaan kepada kapal terbang mengikut orang Sarawak.
Namun begitu, ada juga yang keliru dengan mengatakan orang Sabah memanggil kapal terbang dengan panggilan ‘belon’ akan tetapi ia hanyalah digunakan oleh orang Sarawak.
Menjengah kepada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap entri itu
“Urg swk madah kapal terbang belon..Jgn jk ktk org x tauk”
“Bukan belon, bilun (dlm bahasa iban)(kpl terbang)”
“Org sarawak mmg panggil kapal terbang tu belon..”
“sebab belon senang gik nak di sebut..pendek jak sebutan nya..”
“Hahahahaha yela bis tu apa ka nak sebut kapal terbang panjang sgt” ujar rata-rata pengikutnya
Selain itu, Fizo juga berkongsi saat meraikan ulang tahun isterinya itu dalam suasana romantis untuk tatapan umum. Menjengah ke ruangan Instagram Storynya, Fizo sempat mengusik isterinya dengan mengatakan umur Fazeera sudah mencecah 32 tahun. Reaksi Fazeera sungguh mencuit hati netizen dengan usikan Fizo tersebut.
Terdahulu, berita perkahwinan kali kedua Fizo itu mengundang kejutan ramai apabila dia pertama kali memuat naik fotonya berbaju Melayu putih bersama anaknya Maryam di IG dengan kapsyen seolah-olah sudah menamatkan zaman dudanya.
Tidak lama itu, foto perkahwinan mereka tersebar dan pasangan itu difahamkan bernikah pada 21 Oktober lalu dalam satu majlis yang diadakan di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Walau Bagaimanapun,Fizo dan Mawar pilih untuk berpisah pada Julai 2019.
Min mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan romantis ini berkekalan sehingga jannah. Diharap orang ramai juga mendoakan yang terbaik buat mereka.
Sumber: Instagram Fizo , https://www.rotikaya.rimbabara.com