Home Isu Semasa “rancang honeymoon” – Zee Avi terpikat sikap penyabar dan tenang Kenji

“rancang honeymoon” – Zee Avi terpikat sikap penyabar dan tenang Kenji

163
0

SIKAP tenang dan penyabar Kenji Matano membuka hati penyanyi Zee Avi untuk menerima lamaran lelaki berasal dari Jepun itu menjadi teman hidupnya.

Menurut Zee atau Izyan Alirahman, 35, perbezaan personaliti antara mereka berdua membuatkan dia bersetuju untuk meneruskan hubungan sebagai suami dan isteri.

“Dia baik hati, memahami, tenang dan sangat penyabar. Sifat macam ni bagus untuk seseorang seperti saya kerana personaliti kami berbeza.

“Dia faham gaya hidup saya sebagai artis dan sentiasa menyokong dalam apa juga keadaan. Dia adalah kawan saya yang sentiasa di sisi.

“Dia akan membantu saya membuat sesuatu keputusan dan saya fikir dia adalah lelaki terbaik bagi saya,” katanya kepada mStar.

zee 3

Suami seorang yang penyabar dan penyayang.

Pada Isnin lalu, Zee dan Kenji, 41, selamat disatukan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan ini diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri kira-kira 15 orang keluarga terdekat.

Sementara itu, penyanyi lagu K4ntoi ini berkata menjelaskan dia tiada niat merahsiakan pernikahan mereka hinggalah tular foto dia memakai pakaian pengantin di media sosial.

Kalau ada rezeki nak buat resepsi di kampung halaman, semuanya bergantung situasi sekarang.

ZEE AVI

PENYANYI

“Kami ada jurugambar dan juruvideo jadi, tunggu kami bergambar cantik-cantik dan edarkan kepada media. Itulah sebab kami panggil jurugambar.

“Tapi semasa masih lagi menyarung baju pernikahan, saya perasan notifikasi berkenaan pernikahan saya… mujurlah maklum balas yang diterima positif.

zee avi

Zee dan suami bersedia timang anak dalam masa terdekat.

“Sebab itulah saya memutuskan untuk berkongsi dengan media. Bila sudah sah, barulah saya mahu kongsi semuanya… sebab proses untuk pernikahan ni agak mencabar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zee memberitahu dia merancang mengadakan majlis resepsi di kampung halaman di Sarawak dengan dihadiri keluarga dan rakan-rakan dari seluruh dunia.

“Kalau ada rezeki nak buat resepsi di kampung halaman, semuanya bergantung situasi sekarang.

“Perancangan honeymoon InsyaAllah tahun depan, tapi mungkin balik kampung suami di Tokyo.

“Kami juga ada bercakap tentang anak… lebih-lebih lagi dalam usia ini, kami ada bercakap mengenai perancangan itu. Kalau Allah nak bagi kami ambil kalau ada rezeki itu,” ujarnya yang memaklumkan suaminya bekerja sebagai penganalisis kandungan di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan sejak empat tahun lalu.

Sumber:mStar

Previous articleK0ngsi Video Semb4ng Vir4l, Tiba-Tiba PU Riz Dapat Soalan Pel1k Tapi Lucu – “Dulu Pakai Tangan, Sekarang Ni Bini Cungk1l Pakai Pis4u”
Next article“Dah Dapat Restu Nadia..” – (Video) Tvlar Isu Tauke Jambu Kahwin Lagi, Akhirnya Terjawab.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here