SEBULAN mengikat tali pertunangan, penyanyi Yonnyboii selamat bergelar suami kepada influencer Nik Nazira Nariman dalam sebuah majlis di Duchess Place, Ampang pada Sabtu lalu.
Manakala, Nik Nazira, 22, turut memuat naik foto-foto di Instagram memperlihatkan pasangan itu berpakaian warna putih duduk di atas pelamin.
“Bismillah, I married my bestfriend.
“Kami melangsungkan majlis nikah yang kecil dan intimate yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
“Jumpa nanti pada majlis sanding kami tahun depan,” ujarnya.
Yonny dan Nik Nazira kini suami isteri.
Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke akhir h4yat.
“Our Yonnyboii dah jadi Yonnyman. Congrats Yonny dan wife.
“Tahniah semoga dikurniakan perkahwinan yang aman dan bahagia sampai syurga.
“Tahniah kedua-duanya semoga kekal hingga ke jannah,” antara komen peminat di media sosial.
Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada Januari tahun depan.
Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nik Nazira Narriman pada 9 Oktober lalu selepas sebulan bercinta.
Sumber:mStar