Home Isu Semasa “Baby Shima mhu pindah Indonesia?” – Baby Shima depresi akibt Dibvli Netizen...

“Baby Shima mhu pindah Indonesia?” – Baby Shima depresi akibt Dibvli Netizen Mlaysia .

217
0

LAPORAN berita dari Indonesia mend4kwa kononnya Baby Shima mahu berpindah ke negara itu sedikit sebanyak menambahkan lagi tek4nan kepada penyanyi dangdut ini.

Menurut Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, dia tidak bermaksud ingin menukar status warganegara dan kenyataannya itu hanyalah salah faham.

“K3caman netizen mengenai berita itu membuatkan saya lagi depresi… selalunya memang portal akan tulis headline macam itu walaupun tiada pun kenyataan saya mengatakan mahu pindah ke luar negara.

“Ya saya mengakui gembira berkarya di Indonesia kerana rasa lebih dihargai di sana tapi tak ada niat pun nak pindah warganegara.

“Jangan risau, saya masih mencintai tanah air saya ini. Cuma saya ada beritahu tak sabar nak balik ke Indonesia secepatnya sebab banyak projek tergendala di sana, saya pun dah ada rumah di sana,” katanya kepada mStar.

shima 2

Baby Shima kongsi beberapa laporan berita mengenai dirinya dari negara seberang.

Sebelum itu, menerusi Instagram penyanyi lagu Lalai ini berkongsi paparan skrin laporan berita daripada beberapa portal hiburan di Indonesia.

Tajuk artikel berkenaan menyebut Baby Shima tertekan kerana dibvli netizen Malaysia dan mahu berhijrah ke Indonesia.

Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sanggup datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam.

BABY SHIMA

PENYANYI

“Baby Shima depresi akib4t dibvli netizen Malaysia, mahu pindah menjadi warganegara Indonesia,” tulis tajuk tersebut.

Mengakui layanan diterima netizen Malaysia dan Indonesia berbeza, Shima berkata dia cukup menghargai sokongan peminat daripada negara berkenaan.

shima 1

Baby Shima akui tertekan dengan kecaman netizen di media sosial.

“Boleh tengok dari komen YouTube, Instagram atau Facebook perbezaan netizen dua-dua negara macam mana… kebanyakan mereka mendoakan saya, boleh nampak perbezaan tu.

“Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sanggup datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam.

“Apa-apa pun saya sangat hargai peminat di kedua-dua negara, sokongan dan kata-kata semangat mereka itulah membuatkan saya lebih kuat,” ujarnya.

Sumber:mStar

Previous article“Shooting kahwin ke tu…,” – Cetus Tnda Tnya Netizen ,Tauke Jambu kahwin lagi?.
Next articleVivy Yusof Selamat Bersalin Pagi Tadi, Suami Kongsi Foto & Nama Baby
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here