Tahniah? Untuk apa? Hah, sengaja Poklip mulakan dengan bebelan. Bukan apa, ada segelintir warganet yang hanya tahu membaca tajuk. Selepas itu pandai-pandai buat cerita sendiri malah tambah garam lagi.
Poklip pun tak berapa pasti tetapi mungkin sekarang adalah musim artis merahsiakan sesuatu yang baik. Mungkin mereka ada sebab tersendiri atau memang sengaja hendak orang terkejar-kejar.
Bak kata orang, adalah rasa seperti artis Hollywood kan. Poklip tidak ada masalah. Di zaman media sosial ini, kita tidak perlu bersusah payah sangat.
Mereka lebih senang berkongsi di situ. Jadi sebagai rakan media, kita pantau sahaja. Jika ada soalan lebih, kita cuba hubungi. Kalau sus4h sangat angkat panggilan atau jawab pertanyaan, Poklip tanya terus dalam ruangan pojok ini.
Okay, berbalik kepada ucapan tahniah tadi, dengar cerita pelakon cantik manis, Mira Filzah sekarang sedang menghitung hari untuk bergelar ibu? Kalau betul tahniah tau! Poklip ada juga melintasi feed suami Mira, Wan Emir.
Dalam perkongsian terbaru, ada peminat mendkwa seperti terlihat baby bump pelakon itu. Ramai pula yang seolah-olah mengiyakan tekaan itu.
Malah, ada sumber mendkwa, hantaran yang dimuat naik Mira dalam media sosialnya adalah gambar-gambar lama. Kata sumber, itu disebabkan Mira mahu merahsiakan terlebih dahulu berita baik itu. Betul atau tidak, tuan badan sahaja boleh menjawab.
Tetapi Poklip faham kalau Mira mer4hsiakan keh4milan, kalau benar itu terjadi. Di zaman sekarang ini, kita bukan boleh percaya semua orang kan? Mungkin kalau benar Mira hamil, dia ada sebab sendiri untuk merahsiakan. Sama seperti pasangan selebriti lain. Kita tunggu berita baik masing-masing sahaja okay?
Sumber:utusan ,https://www.dnq.pw/