Nama Datuk Dira Abu Zahar bukan lagi asing di kalangan penggiat seni Malaysia. Selain bergelar pelakon, pengacara dan pengarah, wanita jelita berusia 37 tahun itu juga terkenal dengan hobinya menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Namun semenjak menceburi bidang politik secara serius, Datuk Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar perlahan-lahan berundur dari lensa kamera. Beliau lebih senang menyantuni masyarakat dan mengabadikan masanya untuk aktiviti kebajikan.
Barangkali d4rah pemimpin yang mengalir dalam dirinya membuatkan Datuk Dira serasi dengan kerjaya politik. Beliau merupakan anak kepada bek4s Ketua Menteri Melaka ke-8, Allahy4rham Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin.
“Walaupun saya pernah bergelar penggiat seni, gelaran itu bukanlah sebuah kemewahan. Saya inginkan penduduk kenal saya kini sebagai orang yang bersedia menjadi pemimpin.” DATUK DIRA ABU ZAHAR
Sifat penyayang dan prihatin begitu jelas terlihat dari pandangan mata Datuk Dira Abu Zahar ini.
Hasrat ahli politik ini jelas mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat Melaka.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari UiTM ini pernah menyatakan bahawa beliau ingin terus beristiqamah dalam parti politik (UMNO) sambil menyifatkan selesa dengan kerjaya sekarang iaitu berniaga dan berpolitik.
Sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin, kini Datuk Dira menyahut cabaran bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung esok di bawah tiket Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Saya Khaidhirah Abu Zahar dengan rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai Calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, Calon No. 3.
Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini.” Datuk Dira Abu Zahar
MERENDAH DIRI
Di sebalik status Datuk, wanita ini sebenarnya seorang yang sangat merendah diri dan humble. Terlihat daripada pakaian dan tutur katanya yang sopan, beliau tidak kekok berbaju kurung dan menaiki motosikal seperti masyarakat setempat yang lain.
Ciri-ciri kepimpinan Datuk Dira Abu Zahar itu mengingatkan kita kepada jasa bapanya yang sentiasa disenangi rakyat.
Tambahnya, beliau menggagahkan diri terus berkecimpung dalam dunia politik demi mengenang pengorb4nan All4hyarham bapanya yang merupakan bek4s Ketua Menteri Melaka.
“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.
Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju. Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.
Dengan lafaz bismillah, saya memohon agar pengundi memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua.” Datuk Dira Abu Zahar.
PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit apabila 112 calon disahkan bertanding untuk merebut 28 kerusi DUN pada 20 November.
Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan berdepan dua calon lain iaitu B. Prasant Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Sama-sama kita nantikan keputusan PRN Melaka. Semoga maju jaya buat Datuk Dira Abu Zahar!
Sumber:Nona ,https://www.dnq.pw/