Pada 19 November lalu, penyanyi popular Haqiem Rusli selamat mendirikan rumah tangga dengan belahan jiwanya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Menerusi acara nikah serba sederhana itu, penyanyi Luqman Faiz iaitu sahabat baik kepada Haqiem turut dilihat hadir ke majlis berkenaan. Gembira dan terharu dengan status sahabatnya yang kini sudah bergelar suami, penyanyi lagu Kepuraanmu itu dilihat menitiskan air masa ketika majlis sedang berlangsung.
Rakaman Luqman menahan sebak itu turut dimuat naik di laman TikToknya.
Pada ruangan kapsyen, Luqman secara ringkas menulis: “Sahabat dah nikah, saya masih mencari,” ungkapnya sambil meletakkan emoji sedih.
Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi enam saat tersebut menerima lebih 2,000 komen dan lebih 175,000 tanda suka. Menariknya, pelbagai komen lucu yang ditinggalkan oleh peminat.
Rata-rata yang meninggalkan kome dilihat volunteer ingin menjadi suri hati dalam hidup Luqman.
“Nanti adalah jodoh tu, entah-entah saya, tiber…” tulis seorang pengikut.
“Awak cari saya? Saya ada je ni tengah masak air hehe…” komen seorang lagi netizen dalam nada gurauan.
“Awak sabar kejap yer saya sedang menghafal surah hafazan untuk UTQH SPM,” tulis seorang lagi peminat.
Pada Januari 2020, Luqman, 21 mengakui telah memutuskan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya. Selain banyak menghabiskan masa di gimnasium, Luqman turut mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah.
Bagaimanapun, menurut Luqman, dia dan bekas kekasih masih lagi berhubungan baik memandangkan ketika itu mereka sama-sama membangunkan bisnes tudung Daunshawl.
Sumber: Gempak