Home Hiburan “Saya Tak Pernah Rancang Hati Untuk Suka Wanita Berusia” – Iqbal Zulkefli

“Saya Tak Pernah Rancang Hati Untuk Suka Wanita Berusia” – Iqbal Zulkefli

329
0

Usahawan yang kini bergel4r penyanyi Ahmad Iqbal Zulkefli akui tidak pernah merancang untuk menyulam cinta bersama wanita yang jauh lebih berusia.

Menurut Iqbal, apa yang terjadi berlaku secara spontan apabila dia secara tiba-tiba lebih suka bersembang dan menukar pendapat dengan orang dewasa.

“Saya tidak pernah rancang hati saya untuk suka kepada wanita usia berapa.

“Mungkin disebabkan sejak kanak-kanak saya lebih banyak bergaul dengan golongan lebih dewasa,” katanya.

Jelasnya, dia juga tidak pernah sesekali berharap seseorang pasangan itu dapat membantunya dalam hal kerja.

“Apa yang saya gambarkan mahukan isteri yang suri rumah pun tidak kisah asalkan dapat menenangkan dan mendampingi.

“Saya suka manjakan pasangan. Macam mana saya belikan barangan kucing pun sudah lebih banyak berbanding untuk diri sendiri, begitulah mungkin untuk isteri nanti.

“Apa pun, saya cuba mengenali sesiapa sahaja,” katanya.

Iqbal berkata demikian sebagai menjawab soalan netizen menerusi Instagram Story miliknya semalam.

df4a2fc1 7d24 4956 aff9 e8ca6f8cdb4c

Terdahulu, muncul gosip ‘panas’ membabitkan Iqbal, 27 yang dikatakan bercinta dengan Datuk Seri Vida (DSV) yang berusia 50 tahun.

Gossip antara mereka berdua selepas tular rakaman siaran langsung di Instagram antara Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan Ahmad Iqbal.

Walau bagaimanapun, beberapa minggu kemudian, Iqbal memaklumkan dia tidak akan lagi memaksa jutawan kosmetik itu mendirikan rumah tangga dengannya.

Kata Iqbal, keputusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” katanya.

Sumber: Gempak

Previous articleIras Hanis Zalikha, kecantikan isteri Haqiem Rusli pula jadi bualan di TikTok
Next article“Faz ni tak pernah tak comel” – (Video) Cubaan Ngorat Fazura ,Pasangan Sweet Ini Buat Rmai Terhibur.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here