FIRASAT seorang ibu itu kuat apatah lagi jika m3libatkan anak mereka.
Justeru apabila Mazura Mariady, 26, mendengar kelainan pada bunyi nafas anaknya, Muhammad Adam Qayuum Ihsan Hilmi, 2 yang ketika itu berusia kurang 30 hari, dia mula meng3syaki sesuatu.
“Masa Adam lahir kami perasan yang nafas dia berbunyi, hari ke hari makin kuat bunyi tu yang membuatkan kami risau.
“Lepas tu dia kerap menangis malam-malam, sampai Subuh baru dia akan berhenti menangis dan tidur hingga ke petang. Tiap-tiap hari macam tu.
View this post on Instagram
“Adam anak sulung, keadaannya membuatkan saya rasa tak s3dap h4ti, jadi saya ke hospital tempat saya bersalin untuk tanyakan mengenai kesihatannya,” ceritanya.
Nafas adam berbunyi dengan kuat sejak dia baru dilahirkan.
Pada mulanya, Mazura yang mesra di panggil Wawa berkata, doktor memaklumkan apa yang dialami anaknya itu sesuatu yang normal dan lama-kelamaan bunyi tersebut akan hilang.
Namun sebaliknya yang berlaku apabila usia Adam genap sebulan.
“Sama juga dia kerap menangis malam-malam dan naf4s dia makin kuat berbunyi dan ketika itulah saya memutuskan untuk ke hospital.
“Di sana bermulalah perjuangan Adam yang disahkan mengh1dap Laryngomal4cia iaitu dinding anak tekaknya terlalu lembut sehingga menutup salvran pen4fasan.
“Sejak tu muncul macam-macam masalah lain, ada l3ngkuk di d4da bila bernafas, mata dia bergerak (dalam keadaan tidak normal), dia d3mam sampai saw4n dan sampai satu masa tu doktor beritahu yang anak saya dem4m tinggi sangat dan doktor risau j4ntung dia akan berh3nti bila-bila masa sahaja,” katanya, menambah anaknya turut terkena j4ngkitan kvman dan beberapa masalah lain.
Adam pernah mengalami d3mam pan4s yang m3lampau sehinggakan doktor risau jantung dia akan berhenti bila-bila masa sahaja.
Terk3jut dan s3dih dengan keadaan yang menimpa anaknya, Wawa mengakui menangis tanpa henti sehinggakan hampir pitam.
“Saya baru je habis pantang masa tu memang macam-macam bermain di fikiran, macam mana kalau anak saya tak ada, apa saya nak buat? Macam mana saya nak terima keadaan dan ujian ini? Semua ni berlaku terlalu pantas, baru sahaja saya riba dan bermain dengannya di rumah, tiba-tiba dia s4kit t3ruk di hospital.
“Rasa macam tak boleh nak terima, tapi Alhamdullilah suami dan keluarga saya sentiasa ada untuk beri sokongan, kalau tak mungkin dengan saya sekali masuk hospital,” katanya yang menetap di Semenyih, Selangor.
Menurut Wawa, keadaan kesihatan Adam memaksa anak kecil itu berg4ntung kepada oksig3n dan tiub untuk minum susu namun dia kini sudah m4mpu bern4fas serta makan dan minum sendiri.
Adam berg4ntung kepada tiub penafasan semasa kecil.
Katanya, walaupun sudah berusia dua tahun, keupayaan anaknya itu masih umpama seorang bayi.
“Dia tak boleh berjalan, meniarap, merangkak dan duduk, memang hanya berbaring sahaja.
“Buat masa ni dia hanya boleh bercakap “bahasa baby”, saya tak tahu lagi sama ada dia dapat bercakap dengan normal.
“Selain itu keadaan mata Adam juga menjadi tanda tanya. Dia ada tindak balas, cuma sama ada dia nampak dengan jelas atau k4bur saya tak pasti,” katanya sambil menambah, pergerakan mata anaknya sering menarik perhatian warga net setiap kali dia berkongsi video Adam di media sosial.
Pergerakan mata Adam yang lincah sentiasa menarik perhatian netizens.
Wawa yang sebelum ini berkerja sepenuh masa di kedai makan milik keluarganya berkata, dia kini hanya boleh bekerja separuh masa demi menjaga anak kesayangannya itu.
“Saya buat semua benda, ambil order, siapkan mee celup, somtam, jadi cashier angkat pinggan, apa sahaja yang boleh.
“Cuma sekarang saya buat part time sebab tak ada orang nak jaga Adam, ni pun terpaksa kerja semula sebab nak saving duit untuk sambung fisioterapi Adam,” katanya.
Wawa terpaksa membawa Adam bersama ke tempat kerjanya.
Mengakui pada mulanya dia sedikit kec3wa dan h4mpa apabila melihat keadaan anaknya, namun semuanya berubah apabila dia dapat meluangkan masa dengan anaknya itu.
“Sebagai seorang ibu yang dapat anak sulung, sejak meng4ndungkan Adam lagi saya dah ada banyak impian, nak hantar dia ke sekolah, belikan mainan, nak buat aktiviti sama-sama dan banyak lagi.
“Saya bersalin secara pemb3dahan, jadi bila tahu anak saya tak normal macam orang lain of course sedih, kec3wa..putus asa dan down sangat-sangat.
“Tapi dia masih lagi anak saya, dar4h d4ging saya, bila keluar hospital saya jaga dia sendiri, banyak masa dengan dia, saya rasa happy sangat ada anak macam Adam walau macam mana pun keadaan dia saya terima dengan hati yang reda dan ikhlas walaupun orang kat luar tak dapat terima dia, kasih sayang saya pada dia sampai mati,” katanya.
Wawa bersama keluarga kecilnya.
Menurut Wawa, dia ingin menjaga Adam sehingga dia benar-benar sihat sebelum dia berfikir untuk menambah anak kerana buat masa ini fokusnya adalah untuk menjaga anak istimewanya itu.
Malahan, wanita ini juga mengharapkan ke4jaiban supaya anaknya akan sihat dan kembali normal seperti kanak-kanak lain.
“Sampai sekarang saya masih tak berhenti bawa anak saya berubat. Susah dan m1skin macam mana pun bukan alasan untuk saya sebagai ibu biarkan anak saya terlantar tanpa b3rubat.
“Macam-macam saya ikhtiar, saya bawa dia berubat rawatan moden, tradisional, buat fisioterapi di hospital swasta dan doktor beritahu insyallah Adam boleh berjalan macam budak lain cuma mungkin makan masa bertahun.
“Tapi saya tak kisah bertahun atau berhabis berpuluh ribu pun, sebagai ibu yang masih sihat saya akan kerja tak kira penat macam mana sekalipun,” katanya yang terp4ksa membawa anaknya ke tempat kerja.
Menurut Wawa, sekiranya ditakdirkan anaknya tidak dapat kembali sihat dan normal, dia tetap akan reda dan menerima ketentuan ilahi itu dengan ikhlas.
“Saya terima apapun keadaan dia, macam mana sekalipun dia tetap darah daging saya.
“Apa yang saya minta dari semua orang tolong doakan anak saya Muhammad Adam Qayyum supaya dia cepat sihat dan kuat untuk lawan apa sahaja s4kit yang dia ada.
Sumber:mStar