PERTEMUAN pasangan ini bermula sebagai pes4kit dengan doktor gigi, namun siapa sangka hubungan mereka akhirnya bertukar menjadi suami isteri!
Bak ungkapan yang biasa dilontarkan ‘jodoh itu rahsia Allah’, pasangan ini membuktikan kebenaran kata-kata tersebut.
Berkongsi kisah mereka menerusi dua keping gambar ketika mula-mula bertemu di klinik pergigian dan di atas pelamin, ternyata perkongsian di laman Twitter itu meraih sehingga melebihi 7,500 retweet selain dibanjiri ratusan komen netizen.
Menurut gerangan nama yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Haziqah, pertemuan pertamanya dengan suami yang hanya mahu disapa sebagai, Syameem, 26, berlangsung pada Mac tahun lalu ketika lelaki itu berkunjung ke klinik pergigian di hospital tempatnya bekerja untuk melakukan raw4tan gigi.
“Suami sebenarnya kawan kepada kawan saya. Dia buat janji temu untuk rawatan ‘scaling’ gigi. Sayalah yang handle. Itulah pertemuan pertama kami kerana memang saling tak mengenali pun sebelum itu.
Pasangan ini diijabkabulkan pada 5 November lalu.
“Masa saya buat treatment tu, berlaku satu peristiw4 lucu. Suami tanya pasal air kumur… saya bergurau saja tapi tak sangka dia buat betul-betul. Masa tu saya nampaklah ciri pertama padanya yang memang baik.
“Tapi saya rasa serba salah pula buat patient macam tu. Selepas selesai buat treatment, saja ambil gambar sebab nak hantar kepada kawan kami tu. Tak sangkalah jodoh berpanjangan pula,” kata doktor gigi berusia 24 tahun ini.
Gambar di sebelah keluarga Dr Haziqah.
Menurut Dr Haziqah yang berasal dari Melaka, selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing, mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada April lalu, dan selamat diijabkabulkan pada 5 November baru-baru ini.
Tambahnya lagi, apa yang membuatkannya tertarik kepada lelaki kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu adalah kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan layanan kepada orang tua serta keluarga.
Selepas selesai buat treatment, saja ambil gambar sebab nak hantar kepada kawan kami tu. Tak sangkalah jodoh berpanjangan pula.
DR HAZIQAH
“Kalau nak sentuh pasal bagaimana saya boleh adapt dengan loghat atau makanan di Kelantan, sebenarnya saya dah biasa kerana pernah bertugas di Kelantan sebelum berkahwin.
“Kalau keluarga mentua serta ipar duai bercakap, saya faham… tapi kalau saya nak balas dalam loghat Kelantan tu yang payah. Dah bunyi macam bahasa Siam yang keluar. Jadi saya cakap bahasa standard saja,” ujarnya.
Gambar sebelah keluarga pengantin lelaki.
Ujar doktor muda ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian yang dibuat secara suka-suka itu menjadi tular di Twitter.
“Suami yang perasan dulu… makin lama makin ramai pula retweet. Yang buat saya tergelak, ramai pula nak pergi buat treatment gigi sebab mana tahu jumpa jodoh juga selepas ini.
Perkongsian kisah pertemuan Dr Haziqah dengan suaminya menjadi tular di Twitter.
“Tiada apa yang saya harapkan daripada tularnya perkongsian ini, cuma doakan rumah tangga kami bahagia sentiasa. Lagi satu, janganlah takut untuk datang jumpa doktor gigi.
“Kadang-kadang tu ada yang tak pernah pergi langsung sebab takut dengan doktor gigi, atau hanya pergi kalau dah s4kit. Selalulah berkunjung ke klinik gigi… datang buat pemeriksaan pun tak apa. Manalah tahu kalau-kalau boleh jumpa jodoh juga,” katanya berseloroh.
Sumber:mStar