Home Isu Semasa “Kejayaan Demi Kejayaan” – Tahniah Kak Siti Kusayang Terima, Trofi Kesekian Kalinya.

“Kejayaan Demi Kejayaan” – Tahniah Kak Siti Kusayang Terima, Trofi Kesekian Kalinya.

153
0

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur selepas namanya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Usahawan Selebriti Tahunan bagi kategori kecantikan dan kesihatan di Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA), semalam.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar.

45AFD081 0136 4758 B1FC F6CBCDFD2DE1

Menurut Siti, penganugerahan tersebut disifatkan sebagai ‘moral booster’ buat dirinya untuk terus berusaha untuk sentiasa memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang seni mahupun keusahawanan.

“Alhamdulillah, hari ini saya menerima Bumiputera Business Excellence Awards ( BBEA) yang berlangsung sebentar tadi.

“Anugerah Celebrity Entreprenuer Of The Year ( Beauty & Health) ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar di Hotel Shangrila.

“Anugerah ini adalah penyuntik semangat saya untuk terus berusaha memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang perniagaan dan juga hiburan,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

305B016E 9C33 4B72 A675 8129E4A90A8558830DA8 692E 42DD B4C5 943CF1CC5E23

Dikesempatan itu juga, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur BBEA di atas pemberian anugerah ini.

“Setinggi tinggi Tahniah juga buat Tulang belakang saya terutama sekali suami dan keluarga tercinta serta peminat saya,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menyifatkan Siti sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.

“Alhamdulillah tahniah Kak Siti. Terima kasih selalu berkongsi rezeki.

“Kejayaan demi kejayaan. Tahniah Kak Siti ku tersayang. Kau tiada pengganti.

“Tahniah Tokti semoga terus sukses. Sayang Tokti.

“Alhamdulillah terbaik Datuk Siti. Semoga menjadi inspirasi buat kita semua,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

ABB93914 D785 478F B080 0C1C914E8399554EEFFB 41BA 4BBE B1E9 A4EF11DCDEC4

Terdahulu, Siti telah mengorak langkah menceburi bidang bisnes selepas memperkenalkan produk kecantikannya sendiri, Simply Siti yang mula diasaskan pada 2010.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza ,MH

Previous article“Foto Suntingan Siti Sarah Bermain Dengan Anak Tular” – (video) Buat Ramai Yang Tersentuh Hati.
Next article“Cikgu pnjangnye cikgu….” – Stdent Psrah Rambut Kna Gnting, Tpi Cikgu Mncvri tmpuan Rmai.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here