Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti menghadapi pelbagai duga4n mahupun cabaran. Namun, ujian-ujian berkenaan membuatkan kita lebih kuat dan menjadi lebih matang untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Hil4ng 4 j4ri sebelum bertunang
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Sarah di TikTok, berkongsi kisah perjuangannya bersama suami tersayang ketika mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, mereka mula kenal antara satu sama lain pada awal bulan November tahun lalu dan ketika dipertengahan hubungan, lelaki berkenaan diuji dengan kemal4ngan sehingga menyebabkan dia kehil4ngan emp4t j4ri tangan kanannya.
17 November 2020 .Kenal. Jumpa beberapa kali je masa berkawan.
15 Mac 2021. Dia kemalangan. Hilang 4 jari tangan kanan. Sebenarnya kami plan untuk bertunang bulan April tetapi Allah dah uji sebelum kami bertunang lagi.
Lebih mengejutkan lagi apabila bakal tunangnya itu menyuruh wanita berkenaan untuk tinggalkannya dan mencari lelaki yang lebih layak daripada dirinya.
Masa ni dia down sangat. Dia suruh Sarah tingg4lkan dia dan cari lelaki lain yang lebih layak.
Walau bagaimanapun, jodoh antara mereka begitu kuat dan selepas lelaki berkenaan sembuh, mereka terus melangsungkan majlis pertunangan serta perkahwinan pada bulan yang sama.
Masa salam cium tangan dia tu sebaknya Ya Allah. Alhamdulillah Allah pegang hati ini untuk terus ada di samping dia dan tidak memilih untuk pergi.
Terima kasih suamiku kerana kuat dan cepat b4ngkit demi kami semua.
‘Jika merasa ujian sebesar kapal maka yakinlah nikmat Allah seluas lautan’
Respon netizen
Sumber : sarahahahahehehe ,OhBulan