Home Hiburan Miller Khan, Farina Rebecca Selamat Berkahwin Di Bali, Terima Ucapan Dari...

[FOTO] Miller Khan, Farina Rebecca Selamat Berkahwin Di Bali, Terima Ucapan Dari Keluarga & Sahabat

197
0

Abang kepada pelakon Isa Khan, Miller Khan telah selamat berkahwin dengan pasangannya, Farina Rebecca pada Rabu.

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Isa dan kakaknya, Sabrina Ali Khan menerusi hantaran di Instagram Stories.

“Alhamdulillah, akhirnya abang saya kahwin! Tahniah abangku, semoga Allah merahmati kami dan isteri,” ucap Isa.

“Alhamdulillah, syukur. Semoga kekal hingga jannah,” layang ucapan Sabrina.

miller header (1)

Menerusi beberapa foto perkahwinan yang disiarkan di media sosial sahabat rapat Miller dan Farina, pasangan itu sepadan mengenakan busana tradisional Betawi.

Farina juga kelihatan anggun dengan berkebaya putih.

miller header (2)

Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 34, berkongsi siri foto pra perkahwinan bersama Farina di Instagram mereka sejak minggu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Miller Khan (@miller_khan)


Untuk rekod, Miller telah melamar Farina di dalam helikopter pada 11 Mac 2021 ketika dibawa bersiar-siar di Jakarta, Indonesia.

Sumber: Gempak

Previous articleZara Zya, jika saya sedia bergelar isteri, saya akan kongsi berita baik jika sudah pasti….
Next article“Dah Besar, Ramai Tak Cam” – Lama Menyepi, Penampilan Terkini Puteri Balqis Buat Ramai Terkejut!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here