Home Isu Semasa Zara Zya, jika saya sedia bergelar isteri, saya akan kongsi berita baik...

Zara Zya, jika saya sedia bergelar isteri, saya akan kongsi berita baik jika sudah pasti….

269
0

SELEPAS beberapa kali hubungan cinta terpvtus di tengah jalan, pelakon Zara Zya kini lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berkongsi soal peribadi kepada umum.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata biarpun sudah bersedia menjadi isteri namun dia hanya akan berkongsi pada waktu yang sesuai.

Menurut aktres berusia 36 tahun itu, dia enggan membiarkan kesilapan yang terjadi sebelum ini berulang lagi.

Zara 1

Zara tidak mahu perkara sama berulang.

“Apa yang saya boleh kata, selagi saya belum berkahwin, orang akan tertanya siapa kekasih saya, apatah lagi apabila saya terlalu berahsia sekarang ini.

“Saya tidak lagi berkongsi macam dulu. Saya sudah bersedia untuk berkahwin tapi hanya akan berkongsi jika sudah pasti.

“Sebab sebelum ini orang pun tahu apa yang saya lalui, jadi saya tak mahu perkara yang sama berlaku. Siapa yang tak mahu kahwin.

“Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah bila sampai waktunya, memang saya akan beritahu. Saya bukan orang yang akan sorok daripada peminat,” katanya kepada mStar.

Saya sudah bersedia untuk berkahwin tapi saya hanya akan berkongsi jika sudah pasti.

ZARA ZYA

PELAKON

Zara ditemui menerusi sidang media drama bersiri Mr Bibik yang diadakan secara maya bersama media baru-baru ini.

Untuk rekod, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan Hafreez Adam pada Oktober 2019 namun hubungan itu hanya bertahan selama sebulan.

Dalam perkembangan lain, Zara mengakui dia masih lagi berlakon biarpun sibuk berniaga dan membabitkan diri dengan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Prihatin.

Kata pelakon Korban Kasih itu, dia sudah lama tidak muncul dengan drama baharu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Memang dah lama juga tidak berlakon drama. Ramai yang bertanya, saya masih berlakon atau tidak, memandangkan drama saya yang ditayangkan di TV sekarang siaran ulangan saja.

Zara 2

Zara bergandingan dengan Saharul dalam drama Mr Bibik.

“Jadi apabila saya tampil dengan Mr Bibik, ramai yang teruja. Saya pun gembira dapat kembali menghiburkan peminat yang menanti-nantikan lakonan saya.

“Menerusi drama ini sebenarnya boleh membantu orang kembali mengingati saya,” ujanya.

Drama bersiri inspirasi dari novel karya Aein Dhiyauddin itu mengisi slot Akasia bermula 29 Oktober lalu.

Drama arahan Pali Yahya itu turut menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Balkisyh Semundur Khan dan Wanns Ahmad.

Sumber:mStar

Previous article“Buat ape nk mᾰrah..” Cat Farish So̞und Zarol Gara2…, Sekali Zarol Zarif Tᾰmpil Cerita Prkara Sebenar.
Next article[FOTO] Miller Khan, Farina Rebecca Selamat Berkahwin Di Bali, Terima Ucapan Dari Keluarga & Sahabat
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here