BUKAN sahaja hebat beraksi di hadapan kamera, rupa-rupanya pelakon Namron juga mempunyai bakat sebagai model di pentas peragaan.
Pertama kali diberi peluang memperagakan pakaian jenama Neonate di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada Ahad lalu, Namron atau nama sebenar Shahili Abdan, 52, mengakui teruja melakukan perkara baharu itu.
“Itu kali pertama, saya tak pernah buat modeling lagi… selalu tengok dekat televisyen sahaja. Sejujurnya saya memang suka tengok fashion show, rasa macam satu bentuk persembahan yang menyeronokkan.
“Tak ada sebarang latihan pun! Datang petang itu dan terus catwalk. Mula-mula bimbang juga, risau takut orang gelak… manalah tahu tengah berjalan, takut pula kaki tersadung dan jatuh tersungkur.
“Mulanya itulah benda yang paling saya risaukan. Tapi bila dah mula berjalan dan yakin, baru saya rasa okay. Ini satu pengalaman baharu dan rasa seronok pula,” katanya kepada mStar.
Namron selesa berkawan dengan orang muda.
Namron berkongsi pengalamannya itu selepas memperagakan koleksi pakaian jenama Neonate milik pengacara Karl Shafek di acara KLFW yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur.
Meskipun usia sudah menjangkau 50-an, Namron berkata itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba sesuatu yang baharu terutamanya dunia modeling yang kerap melibatkan golongan muda.
Saya tengok di belakang pentas tadi semua orang muda, saya sahaja model tua dekat situ… tapi bagi saya tua itu hanya pada nombor!
NAMRON
PELAKON
“Saya tengok di belakang pentas tadi semua orang muda, saya sahaja model tua dekat situ… tapi bagi saya tua itu hanya pada nombor.
“Saya selalu kata saya tidak tua. Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai orang muda, jiwa muda. Saya berkawan dengan orang muda, kebanyakkan berusia 20-an dan 30-an.
TONTON VIDEO NAMRON CATWALK!
View this post on Instagram
“Saya rapat dalam kelompok umur tu, sebab tu jiwa saya suka pada benda yang orang muda buat… tak salah pun orang tua bercampur dengan orang muda, sepatutnya tak ada gap sebab kita pun kena tahu apa berlaku disekeliling kita,” ujarnya.
Ditanya adakah dia bersedia menerima lebih banyak tawaran peragaan selepas ini, pelakon dan pengarah filem One Two Jaga ini terbuka dengan sebarang tawaran lain selepas ini.
“InsyaAllah, saya terbuka untuk buat lagi, tak ada masalah. Kalau saya tak sibuk, jadual penggambaran tak padat saya okay sahaja,” katanya.
Sumber:mStar