BELUM sempat single pertama diperdengarkan kepada umum, usahawan yang kini bergelar penyanyi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sudah memasang angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Ujar Iqbal, 27, taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu.
“Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergu.gat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun.
“Tapi semestinya kena ada per.sediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti.
Poster single pertama Iqbal.
“Saya sedar diri dan saya tidak la mahu ber.lagak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hor.mat orang lama dan akui saya masih belajar,” katanya kepada mStar.
Video muzik (MV) lagu Hujan ciptaan Eriq Fuzi daripada kumpulan Floor 88 bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Rusa Music pada petang Isnin.
Idea menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang perjalanan kisah peribadinya itu muncul selepas hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan.
Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah mar.ke.ting produk saya atau tidak.
AHMAD IQBAL ZULKEFLI
USAHAWAN/ PENYANYI
Bercerita lanjut tentang debut pertamanya itu, Iqbal akui ber.debar-de.bar menanti reaksi orang ramai.
Namun katanya dia berpuas hati dengan hasil dan pencapaiannya setakat ini.
“Perasaan ber.de.bar ber.cam.pur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya… ri.sau jika ada ce.mu.han dan mak.ian.
“Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya.
View this post on Instagram
“Kadang-kadang pula saya rasa nak bal.as den.dam, nak buktikan saya boleh buat yang terbaik dan bukan drama semata-mata,” katanya lagi.
Tambah Iqbal dia berharap pendengar memberi peluang untuknya menghiasi dunia seni dengan bakatnya selain mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya.
Terang Iqbal, pemilihan judul lagu tersebut juga memberikan gambaran tentang apa yang pernah dialaminya suatu ketika dulu.
“Lagu ni berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya pernah dihalau diberhentikan kerja pada waktu hujan. Saya di buang tanpa pertimbangan.
“Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak,” ujarnya.
Sumber: Mstar