Home Isu Semasa ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kej4m!’ Sekali Lain Pula...

‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kej4m!’ Sekali Lain Pula Komen Netizen – Malaysia Viral

178
0

PETALING JAYA – Seniwati veteran, Fauziah Nawi menzahirkan kekecewaan berhubung situasi pahit yang ditelan sesetengah penggiat seni apabila seolah-olah terpaksa menerima bayaran tidak masuk akal pada zaman sekarang.

Dalam erti kata lain, Fauziah, 58, sebenarnya berang dengan tindakan tidak berperikemanusian sebuah rumah produksi drama yang enggan didedahkan identitinya kerana menawarkan bayaran RM250 untuk sebuah episod projek drama.

Tegas dram4tis yang juga aktivitis teater itu, kadar upah tersebut sangat tidak logik.

“Permasalahan itu bukan berlaku kepada saya. Berlaku kepada pemain seni muda dan mereka mengadu kepada saya. Budak-budak baharu, mereka tidak tahu apa-apa dan dengan gaji sebegitu, mereka nak makan apa?

“Saya tak nak dedahkan siapa produksi dan siapa anak seni mengadu tapi tolonglah, mengapa bersikap kejam sampai begitu! Tak baik aniaya orang seni sebegini dan memburukkan industri kita yang memang sudah sedia tenat.

“Zaman saya dahulu sekitar, 1980-an, sebuah episod boleh dapat bayaran RM800 kenapa sekarang turun sampai RM250? Kenapa ‘perdajal’ rezeki orang seni sampai tahap begini! Tak baik bagi cerminan buruk ini buat anak-anak yang baru nak kenal industri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

ohmedia2B252822529

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-12 itu turut mempersoalkan tindakan kebanyakan produksi drama sekarang yang bersikap pilih kasih. Dedahnya, mereka (produksi) lebih rela melabur wang lebih untuk pemengaruh media sosial yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau ‘instafamous’, mereka bersungguh-sungguh bayar sampai RM3000 hingga RM5000 satu episod. Orang yang ada ilmu seni dianiayai sampai bayaran tak masuk akal (RM250 satu episod).

“Budak-budak (pelakon) tambahan lagilah ada yang dibayar serendah RM80 satu babak atau episod. Itu belum tolak daripada ejen mereka. Entah-entah RM30 je masuk kocek.

“Alasan mereka bagi, sekarang zaman pandemik, semua kos terpaksa ditolak. Adakah itu bermaksud ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Merosakkan industri dengan budaya kerja sebegini? Tolong fikir.

“Saya tak sampai hati apabila ada budak-budak baharu bersemangat untuk kenal industri mengadu menerima bayaran seperti apa yang saya sebutkan. Ada juga pelakon-pelakon lama dianiaya dengan bayaran ‘ciput’.

“Sampaikan saya fikir, di Malaysia ini, kalau kalian sudah tua, bersara sahajalah. Tak usah sibuk berlakon dan lupakan sahajalah industri sebab kalian semua akan dianiayai dan tak dihargai.

“Saya tak faham mana persatuan, perbadanan atau kementerian yang sepatutnya memperjuangkan nasib orang-orang seni sebab perkara ini tetap terus belaku sampai sekarang tidak terbela. Mana Seniman, Mana FDAM, mana PROFIMA dan lain-lain? Buatlah sesuatu,” getusnya.

1980 an dulu satu episod rm800 sekarang rm250 kenapa kejam kosmo digital 617a926c8cb25

Kata pelakon yang cukup sinonim dengan karya berjudul Pondon Buruk itu, dia tidak kisah andai kelantangan suaranya ini menyebabkan produksi drama tidak berani untuk mengambil dirinya berlakon.

“Rezeki daripada Allah. Kalau saya bercakap benar dan itu menyebabkan mereka (produksi) sakit atau terasa hati, itu bukan bidang kuasa saya.

“Saya cuma tak nak industri seni kita terus diburukkan dengan senario bekerja sebegini. Kesian para pemainnya terutama yang masih mahu mengenal bidang kerja ini,” luahnya.

Terdahulu, Fauziah menerusi Facebook mendedahkan terdapat produksi drama yang enggan dia dedahkan indentitinya mengambil kesempatan dengan memberi bayaran tidak setimpal iaitu RM250 untuk satu episod.

“Ada patut ke 20 episod dibayar RM5000 sahaja. Satu episod jatuh RM250. Ya Allah kej4mnya!,” coretnya dalam Facebook. – K! ONLINE

KOMEN NETIZEN :

kjmmklmkjkjmlkm

klsdf 1

Sumber:https://bartasangbad.site/

Previous articleDidakwa L4nggar Kontrak, Byk Kerenah, Ini Jawapan Padu Zizi Kirana
Next article“Mnangis Syukur Bleh..” 25 Hari Tidur Dlm Penj4ra, Akhirnya Aryan Khan Dibebaskan Dgn Ikat Jamin
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here